Geng Bas Sekolah

July 7, 2011

UTK Tembak Penculik


Seorang lelaki bersenjatakan parang menjadikan kira-kira 30 orang kanak-kanak dan tiga guru sebagai tebusan dalam kejadian di pusat penjagaan kanak-kanak Serikids di Taman Sungai Abong, Jalan sakeh di sini hari ini.

Lelaki berkenaan dipercayai menceroboh pusat jagaan tersebut pada pukul 9.30 pagi dan difahamkan seorang kanak-kanak telah dicederakan.

Buat ketika ini, pihak polis telah mengepung premis berkenaan dan rundingan sedang dilakukan untuk tebusan dibebaskan. Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman masih berunding untuk membebaskan empat orang guru dan kira-kira 30 kanak-kanak yang dijadikan tebusan oleh seorang lelaki bersenjatakan parang di Tadika Serikids di Taman Sungai Abong Cemerlang, di sini hari ini.

Sehingga pukul 3 petang, suspek masih berdegil dan enggan melepaskan tebusan.

Polis terpaksa melepaskan tembakan pada pukul 3.41 petang dan menyerbu masuk tadika yang menjadi lokasi empat guru dan 30 kanak-kanak di Taman Sungai Abong, di sini yang ditahan sebagai tebusan oleh seorang lelaki yang bersenjatakan parang.

Laporan awal mengatakan semua tebusan selamat dibebaskan manakala suspek cedera parah dan dibawa keluar dengan ambulans. Lelaki berkenaan dipercayai menceroboh pusat jagaan tersebut pada pukul 9.30 pagi dan difahamkan seorang kanak-kanak telah dicederakan.


Padan muka kena tembak. Jahat melampau. Kalau matipun tak apa. Hidup lamapun menyusahkan orang je. Aku harap lepas ni tak adalah puak puak yang pergi mempolitikkan kes ni. Pihak polis telah membuat perkara sewajarnya. Jangan ada puak yang pergi menyokong tindakan penjenayah yang tak berakal ni. Kalau ada, orang itupun patut ditembak sama. Bodoh melantun lantun.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

1 comment:

reez said...

mmg menyusahkan sama mcm si puak bershit ni..