Geng Bas Sekolah

July 20, 2011

Janji Iblis Adalah Untuk Menyesatkan Manusia

Terdapat sebahagian umat Islam di negara ini terlalu mudah dikelirukan hingga sanggup mengkafirkan sesama agama yang menjalinkan kerjasama dengan orang bukan Islam apabila pemimpin mereka berpendirian sedemikian.

"Orang Islam seperti ini mudah dikelirukan. Sekiranya pemimpin mereka kata siapa yang menjalinkan kerjasama dengan orang bukan Islam sebagai kafir, maka kafirlah orang Islam berkenaan.

"Namun, apabila pemimpin sama mengatakan boleh bekerjasama dengan orang bukan Islam pada keesokannya, maka mereka akan kata ya, sekali gus melupakan tuduhan kafir kepada pihak satu lagi," katanya. - Utusan Malaysia


Dalam dunia ini ada ramai manusia yang gila kuasa. Dan mereka sanggup melakukan apa saja termasuk memutarbelitkan ajaran agama. Kaum yahudi adalah salah satu bangsa yang paling degil dan jahat. Kedegilan mereka ada dicatat didalam Al Quran dan dijadikan pengajaran buat mereka yang mahu berfikir.

Golongan agama didalam kaum yahudi meminda isi Taurat supaya ianya menepati nafsu mereka. Mereka menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal. Malah mereka juga merekacipta pelbagai cerita yang mengangkat kaum mereka seolah olah mereka adalah bangsa pilihan tuhan.

Hal yang sama juga berlaku kepada kitab Injil setelah Nabi Isa a.s diangkat ke langit. Malah dizaman Rasullulah s.a.w juga muncul nabi palsu seperti Musailamah Al Kazab. Antara isi kitab ajaran sesat Musailamah adalah "(Al-fiil. Maal-fiil. Wa maa adraaka maal-fiil. Lahuu dzanaabun wa biilun. Wa khurthuumun thawiil.) Gajah. Apa itu gajah? Dan tahukah engkau apa itu gajah? Ia memiliki ekor yang pendek dan belalai yang panjang"

Walaupun ianya mengandungi ayat ayat bodoh, tetapi bagi mereka yang tidak mahu berfikir ataupun mereka yang jenis mencari jalan pintas ke syurga, mereka tetap akan percaya kepada pembawa ajaran sesat. Dan manusia inilah yang sering dipergunakan oleh mereka yang gilakan kuasa. Orang yang gila kuasa akan mengeluarkan apa sahaja ayat dan dalil dalil yang boleh menghalalkan perbuatan mereka. Orang seperti ini menjanjikan bulan,bintang, syurga dan neraka kepada pengikut tegar mereka. Ingatlah segala janji mereka itu hanyalah dusta semata mata. Malah tak ubah seperti janji iblis didalam usahanya untuk menyesatkan manusia.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

1 comment:

Anonymous said...

WALLY SLIPAU MCM ROBOT DECEPTICON..BUAT JAMBATAN TERUS KE SYURGA! KEHKEHKEH