Impian seorang lelaki untuk menukar namanya kepada nama seorang wanita tidak kesampaian apabila Mahkamah Tinggi di sini semalam menolak permohonannya.
Hakim Datuk Mohd. Yazid Mustafa membuat keputusan itu setelah mendapati pemohon, Mohd. Ashraf Hafiz Abdul Aziz, 26, tiada hak untuk menukar status jantina lelaki kepada perempuan pada sijil kelahiran mahupun MyKad miliknya.
Mohd Ashraf yang berasal dari sini bagaimanapun tidak hadir di mahkamah dan hanya diwakili peguamnya, Horly Isaach.
Menurut Mohd. Yazid, permohonan pemohon yang mahu menukar namanya kepada Aleesha Farhana Abdul Aziz ditolak selepas mengambil kira tiga faktor iaitu kromosom, kewujudan alat kelamin serta kewujudan organ dalaman.
“Mahkamah perlu membuat pertimbangan berhati-hati kerana kes ini merupakan satu kes yang sensitif dan jika dibenarkan ia akan memberi impak besar kepada masyarakat,” kata beliau.
Bagaimanapun, Mohd. Yazid berkata, setelah meneliti permohonan pemohon, mahkamah mendapati tidak mempunyai kuasa untuk membuat pengisytiharan deklari bersabit penukaran gender dan tiada sebarang peruntukan undang-undang dalam negara ini yang membenarkan permohonan pemohon untuk menukar status jantina dalam Sijil Kelahiran ataupun MyKad. - Kosmo
Aku hari ni lambat buat entry baru sebab takde mood. Memang sejak 2 3 hari ni aku takde mood nak berblogging. Takde isu tu satu hal, Lagipun balik balik isu sama je macam isu rusuhan, isu cincin dah buat aku muak.
Balik pada kes ni, gila kentang punya pondan. Berani sungguh dia minta mahkamah benarkan tukar nama dia. Kalau dah asalnya jantan, jadilah jantan. Karang mati besok orang tetap uruskan mayat ko sebagai jantan. Menghadap Allah s.w.t pun nanti tetap sebagai jantan. Lagipun muka tu memang tak sesuai langsung nak jadi pompuan. Tengok jari tu pun dah nampak besar gedabak. Kalau jari pompuan halus runcing je bang oii.
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca
1 comment:
kita jadi susah bukan kerana agama..kita hanya jadi susah kerana tak faham agama..
Post a Comment