Geng Bas Sekolah

April 25, 2011

MCA Parti Rasis


KUALA LUMPUR 24 April - Pemimpin parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) sepatutnya memberi fokus kepada akhbar berbahasa Cina agar ia tidak diperalatkan oleh DAP dan bukan hanya memburuk-burukkan akhbar Utusan Malaysia.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, akhbar Utusan Malaysia (Utusan) merupakan wadah pemikiran yang menterjemah denyut nadi orang Melayu bagi memastikan kepentingan kaum itu sentiasa terpelihara tanpa mengetepikan hak-hak kaum lain di negara ini.

Sambil membidas pihak yang cuba memburukkan Utusan, beliau berkata, selaku akhbar yang menerapkan nilai nasionalisme, adalah wajar baginya untuk memperjuangkan kepentingan kaum tersebut kerana hal-hal yang melibatkan orang Melayu adalah isu nasional dan ia sentiasa relevan.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Ketua Publisiti MCA, Loh Seng Kok yang menggesa rakyat memulaukan Utusan dengan mendakwa konsep '1Melayu, 1Bumi' yang diilhamkan akhbar itu bertujuan menghukum masyarakat Cina kerana melaksanakan hak demokrasi mereka membuat pilihan semasa pilihan raya.

Menteri Pertahanan itu berkata, sebelum pemimpin MCA mengkritik dan memboikot akhbar itu, mereka terlebih dahulu perlu memastikan akhbar berbahasa Cina tidak memainkan isu yang menyentuh perkauman sebagaimana pendekatan politik yang dilakukan DAP.

Katanya, akhbar arus perdana yang cukup berpengaruh itu juga bertindak sebagai sebuah institusi yang menjadi pemangkin kepada kesinambungan semangat nasionalisme Melayu dan bukannya akhbar perkauman.

"Salahkah Utusan membangkitkan apa yang menjadi keresahan orang Melayu? Isu Melayu merupakan isu yang sentiasa relevan dan berkait rapat dengan isu nasional.

"Jadi, tidak berbangkit apa yang disuarakan Utusan selama ini kononnya perkauman. Utusan hanya memperjuangkan 'keindukan' kaum Melayu tanpa mengetepi hak kaum lain.

"Apa yang disuarakan Utusan mewakili suara orang Melayu keseluruhannya. Memang orang Melayu sudah berpecah, jadi salahkah Utusan menyeru supaya kaum ini kembali bersatu?

"Mengapa hanya Utusan diserang sedangkan akhbar lain terutama yang berbahasa Cina lebih teruk memainkan sentimen perkauman? Mengapa akhbar-akhbar ini tidak dilabel sebagai perkauman," katanya semasa merasmikan mesyuarat agung Kelab Veteran Utusan Melayu (KVUM) di sini hari ini. - Utusan Malaysia

Sekali lagi kaum rasis ni menunjukkan belang. Kan betul aku cakap dulu, bila akhbar mereka membuat pelbagai cerita menghina orang melayu, tak ada seorangpun yang bersuara terutama daripada MCA dan Gerakan (klik sini).

Tapi apabila akhbar orang melayu bersuara, MCA dan Gerakan pun turut serta menghentam orang melayu. Inilah wajah sebenar kaum ini. Walaupun MCA, Gerakan dan DAP berlainan parti tetapi halatuju dan cita cita mereka adalah sama iaitu untuk menjaga kepentingan kaum sendiri sahaja.

Orang melayu berhati hatilah dengan permainan licik mereka. Mereka tak ubah seperti yahudi zionis yang pandai bermuka muka. Hari ini memuji kita. Esok dia akan menikam kita pula.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

No comments: