Berusia 91 tahun, ditemui Utusan Malaysia di Rumah Panjang Juboh di Selangau semalam, Nantai yang masih kuat ingatan dan cergas pergerakannya berkata, dia gembira dengan nikmat pembangunan Sarawak hari ini.
Dia turut mengakui generasi zaman ini begitu bertuah kerana mengecap kehidupan yang serba moden hasil pembangunan oleh kerajaan. Ini berbeza dengan kehidupan susah yang dialaminya ketika remaja.
Mengimbas kenangan silam, Nantai memberitahu, kehidupannya tidak begitu indah seperti remaja sekarang kerana ketika berusia 20 tahun, dia bukan sahaja hidup dalam keadaan susah bahkan ketakutan akibat penaklukan tentera Jepun ke atas negeri ini.
"Dulu hidup serba susah, bekalan air perlu diambil dari sungai yang jauh dan menjelang malam pula, semua gelap gelita disebabkan tiada elektrik.
"Tetapi sekarang, generasi muda cukup bertuah kerana semuanya sudah disediakan oleh kerajaan yang memerintah (kerajaan Barisan Nasional)," katanya.
Nantai yang mempunyai seorang anak, seorang cucu, seorang cicit dan seorang piut masih lagi jelas penglihatannya dan boleh berjalan tanpa sebarang bantuan.
Nenek tua itu juga masih rajin menjalankan aktiviti-aktiviti menghasilkan kraftangan, Pua Kumbu dan baju tradisional masyarakat kaum Iban.
"Saya bernasib baik kerana masih hidup sehingga hari ini dan dapat menyaksikan sendiri bagaimana perubahan ketara berlaku sebelum kemerdekaan negara dan selepas era tersebut.
"Juga, saya berterima kasih kepada pemerintah (kerajaan) kerana beri saya projek (bantuan rumah) yang membolehkan saya hidup dengan baik bersama keluarga," katanya.
Sumber: Utusan Malaysia
Harap generasi muda sekarang dapat menghargai kemakmuran negara sekarang. Janganlah hanya generasi terdahulu sahaja yang tahu bersyukur sedangkan generasi sekarang lupa dan terlalu lalai hidup didalam kemewahan.
2 comments:
Alhamdulillah..^^
tomyam: nak tomyam
Post a Comment