Geng Bas Sekolah

March 9, 2011

Nik Aziz Tenat


Tuduhan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz bahawa UMNO menggunakan jentera kerajaan dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau dan Kerdau diibaratkan sebagai ‘tepuk dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih’.

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Datuk Md. Alwi Che Ahmad berkata, pemimpin Pas itu perlu cermin diri sendiri terlebih dahulu sebelum membuat sebarang tuduhan.

Ini kerana kata beliau, Nik Abdul Aziz turut menggunakan jentera kerajaan negeri ketika Pas Kelantan menghadapi pilihan raya kecil.

Tegas beliau, Nik Abdul Aziz sepatutnya belajar menerima kekalahan kerana ia adalah adat pertandingan, bukannya mengeluarkan tuduhan-tuduhan liar seperti itu.

“Tanya dia, dia guna kereta rasmi tak, dia guna penerangan negeri tak, dia guna Exco-Exco dia tak masa pilihan raya kecil (DUN Manek Urai dan DUN Galas).

Sumber: Utusan Malaysia

Sekali lagi Nik Aziz jatuh tergolek. Apa daaa orang tua ni. Mengaruk tak habis habis. Dah kalah sudahlah. Duduk je lah diam diam. Dah namapun pilihanraya, mestilah guna jentera kerajaan. Takkan nak suruh rakyat pulak yang buat kerja guna duit poket diorang. 

PAS lagilah hawau. Setiap ceramah pilihanraya mesti minta derma. Kaki pau duit rakyat.

3 comments:

Tieah Madian said...

Jumlah undian BN pun meningkat berbanding PRU-12 kan????????
Huhuhuhu..



Entry Terbaru : Rahsia Tentang Tidur Yang Perlu Anda Tahu

hangkedee said...

sekarang dah berjangkit kepada DAP mereka pun terikut ikut kutip duit orang ramai ketika berceramah.Apa punya haprak parti PAS DAPKR

Jeepers Creepers said...

d_tieah: yup betul

hangkedee: orang dap memang suka kaut duit