Geng Bas Sekolah

March 24, 2011

Bodoh Tak Boleh Diajar

Penyokong pakcik Anwar gembira dengan kebodohan dalang video seks
Akhirnya teka teki datuk T sudahpun terjawap. Bekas Ketua Menteri Melaka iaitu Tan Sri Rahim Thamby Chik, Ahli Perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim adalah dalang disebalik video berkenaan.

Tapi aku masih tak tahu apa motif sebenar mereka bertiga. Adakah sengaja menunjukkan salahlaku pakcik Anwar ataupun ada kepentingan lain. Aku hanya kenal Tan Sri Rahim Tambi Chik manakala lagi dua orang ni aku tak kenal.

Kalau diikut sejarah keperibadian Tan Sri Rahim Tambi Chik, dia inipun bukanlah orang yang baik juga. Dahulu dia ni Ketua Menteri Melaka. Dia disabitkan dengan kes rogol gadis bawah umur. Aku tak tahulah benar atau tak kes itu. Lagipun dia ni ada juga kes tuduhan rasuah.

Dan sekarang dia muncul lagi. Kali ni membabitkan pakcik Anwar pula. Sorrylah aku bukan nak backup pakcik Anwar. Tapi aku tak berapa percaya sangat dengan orang disebalik video ni. Lagipun sekarang kes inipun dah jadi kes polis, biarlah polis yang selesaikan.

So lepas ni aku malas nak main cerita video lucah ni. Sebabnya bagi aku, si pelakon dan di tukang dedah dua dua aku tak percaya. Dan juga bagi aku, perbuatan Tan Sri Rahim Tambi Chik ni juga boleh mencemarkan nama UMNO. Kalaulah si pelakon itu bukan pakcik Anwar, bukankah UMNO juga yang akan dipersalahkan walaupun UMNO tak ada kaitan dengan kes ni?

Menyusahkan betullah dorang ni huhuhu....

5 comments:

Bingai @ Bangang said...

Apa yang terjadi di hadapan kita bukanlah untuk kita keji tetapi untuk dijadikan pedoman supaya kita juga tidak melakukan perkara yang sama. InsyaAllah

Jom sokong penubuhan Suruhanjaya Siasatan Di Raja!

Aku yang bingai
18SX: Baru celup dah pancut?

Tieah Madian said...

Semalam tengok berita pasal ni.. Hahaha.. Dia kawan dengan anwar..

Entry Terbaru : Dasar Pembangkang Memang Pengecut

Jeepers Creepers said...

bingai: aku sebenarnya menyampah dengan cara politik malaysia ni sekarang..aku xnak masuk campur dah dalam kes video ni..aku cuma nak tahu keputusan kes liwat anwar..tu je.

Tieah: sebab dia akwan anwar ler aku x caya kat dalang video ni

Mermaid Ungu said...

dasat sgt gambar tu..ahaha

Jeepers Creepers said...

ayunda: dasat haa hehehe