Geng Bas Sekolah

February 13, 2011

Corat Coret

Dua tiga hari ini aku tak ada membuat entry baru disebabkan komputer mengalami masalah teknikal. Dalam masa yang sama berlaku beberapa peristiwa boleh dikatakan besar juga lah.

Seperti yang aku jangka, Hosni Mubarak akhirnya melepaskan jawatannya sebagai presiden Mesir. Walaupun pada mulanya beliau enggan berbuat demikian tetapi akhirnya terpaksa akur setelah pihak tentera turut menyebelahi rakyat Mesir.

Dan sekarang dilaporkan Switzerland telahpun membekukan semua semua aset aset Hosni Mubarak yang disimpan dinegaranya. Begitulah nasib orang yang terlalu mempercayai kuasa kuasa barat. Dimana akhirnya negara barat itulah yang akan menipu dan meninggalkan sesiapa yang sudah tidak lagi berkuasa.

Lihatlah bekas presiden Tunisia, Ben Ali yang suatu ketika dahulu begitu rapat dengan negara barat akhirnya terpaksa melarikan diri ke Arab Saudi setelah Perancis enggan membenarkan dia masuk ke negaranya. Begitu juga dengan Amerika Syarikat yang begitu lantang mendesak Hosni Mubarak berundur sedangkan dahulunya Hosni adalah sekutunya yang rapat.


Pakcik Anwar juga mungkin bakal menerima nasib yang sama. Semua ini tak mustahil memandangkan pakcik Anwar sudah menemui jalan buntu untuk meneruskan cita citanya serta terperangkap dengan kes jenayah yang sengaja dibuatnya.

Sementara itu Adun Kerbau, Datuk Zaharuddin Abu Kassim, 63, telah meninggal dunia akibat terjatuh didalam bilik air di rumah beliau kira-kira jam 6.30 petang. Beliau dibawa ke Hospital Temerloh dan disahkan meninggal dunia kemudiannya.

Dalam masa yang sama dilaporkan puak pembangkang sudahpun kecoh mahu menentukan calon manakah yang akan bertanding di prk Kerdau nanti. Humm beginilah perangai puak puak lahanat ni. Tanah kubur masih merah mereka sudahpun berebutkan harta dunia. Langsung tak ada rasa simpati atau insaf dihati mereka. (klik sini)

Alfatihah buat Allahyarham dan salam takziah buat keluarga Allahyarham. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan dan ditempat dikalangan orang beriman.

3 comments:

Tieah Madian said...

Banyak info dapat dari satu entry ni..
Huhuhu..
Thanx ek..
Aku dgr2, harta Hosni ni mengalahkan Bill Gates owh..

Latest entry : Kempen : Kami TAK Sambut Valentine's Day

Jeepers Creepers said...

d_tieah: harta dia memang banyak sebab semua projek di mesir dia akan dapat komisen.

eddi said...

Maklumat yang menarik sungguh...tahniah.