Geng Bas Sekolah

February 11, 2011

Anwar Ibrahim Ejen Yahudi Zionis?

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dicabar mendedahkan sumber kewangan yang diperolehnya untuk mengendalikan sebuah pejabat di Washington DC, Amerika Syarikat (AS) yang didakwa menelan kos operasi kira-kira RM6 juta (AS$2 juta) setahun.

Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Muhamad Rahimi Osman mendakwa, jumlah kos operasi pejabat itu yang didaftarkan dengan nama Anwar Ibrahim Consulting Associate adalah besar dan tidak mungkin mampu dibiayai oleh Anwar yang hanya berjawatan Ahli Parlimen dan Ketua Pembangkang Dewan Rakyat.


Malah, katanya, pejabat tersebut turut mengambil lima orang pekerja yang terdiri daripada golongan muda dan ada di antaranya warga Pakistan dan Turki yang menetap di AS dengan gaji mencecah lima angka sebulan dalam mata wang AS.

"Bayangkan Anwar mempunyai sebuah pejabat di Washington. Saya lihat perbelanjaan bagi pejabat itu bagi 2006 hingga 2007 hampir RM6 juta.

"Mana dia dapat duit sebanyak ini dan dari sumber mana dia perolehnya atau siapakah yang membiayai kos operasi pejabat itu? Saya yakin ramai pemimpin dalam PKR tidak tahu akan hal ini.

Sumber: Utusan Malaysia

Persoalan dari mana pakcik Anwar mendapat sumber kewangan yang begitu banyak sebenarnya amat mudah kita fikirkan. Bagaimana seorang yang dipenjara 6 tahun boleh membina rumah bernilai RM7 juta? Dan mengapa pakcik Anwar sering diundang untuk majlis majlis antarabangsa sedangkan dia cuma seorang ketua pembangkang di negara kecil dan bekas banduan kes liwat?

Semua ini korang akan dapat jawapannya setelah korang melihat sendiri pengakuan Senator Ezam, bekas pembantu dan kawan rapat pakcik Anwar.