Geng Bas Sekolah

February 11, 2011

Khalid GapGap Jantan Tak Tahu Malu

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sepatutnya berasa malu kepada semua pihak khususnya polis Selangor apabila memohon untuk menubuhkan pasukan keselamatan sendiri bagi menangani isu jenayah di negeri itu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, ini kerana, beliau (Abdul Khalid) sendiri sedar bahawa perkara yang dibangkitkan itu tidak akan berjaya atau diluluskan oleh kerajaan.

Beliau berkata, impian kerajaan Selangor untuk mempunyai pasukan keselamatan sendiri tidak mungkin tercapai kerana mengikut Jadual Kesembilan, Senarai 1 Perkara 74 dan 77 Perlembagaan Persekutuan, jelas menyatakan bahawa keselamatan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) adalah terletak di bawah tanggungjawab serta hak Kerajaan Persekutuan.

Sumber: Utusan Malaysia

Puak Pakatan ni mana tahu malu. Kalau mereka ada perasaan malu, tak adanya membuat bermacam janji sebelum pilihanraya sedangkan mereka tahu mereka tak akan menunaikan janji tu. Lagipun kalau benar mereka ada perasaan malu, takkan mereka mengangkat gayboy tua menjadi ketua mereka.

Hanya orang tak tahu malu aja yang bersekongkol dengan orang yang tidak bermoral.

No comments: