Geng Bas Sekolah

February 5, 2011

12 Pesawat Dihantar Mengeluarkan Pelajar Malaysia. Puak PAS Buat Apa?

Sebanyak 12 pesawat akan digunakan bagi mempercepatkan proses pemindahan pelajar Malaysia di Mesir ke Jeddah dalam operasi 24 jam hari ini, kata Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab.

Beliau berkata, antara pesawat yang akan digunakan itu adalah Boeing 747 Malaysia Airlines (MAS) dan Air Bus AirAsia selain Angkatan Tentera Malaysia.

"AirAsia telah membuat keputusan untuk menambah lagi penerbangannya, jadi saya rasa perkara ini akan dapat dicapai,” katanya kepada pemberita di sini Sabtu.

Menurutnya proses pemindahan itu dilakukan dalam tempoh 24 jam berikutan ada penerbangan sebelum ini yang tergendala akibat beberapa masalah.

"Kita nak kejar masa sebenarnya dan oleh itu, bagi mempercepatkan proses pemindahan pelajar ini, kita akan buat operasi selama 24 jam,” katanya.

Beliau berkata seramai 4,000 pelajar akan dipindahkan ke Jeddah hari ini dengan menggunakan pesawat milik ATM, AirAsia dan MAS.

Mohamed Thajudeen berkata kapal Tentera Laut Diraja Malaysia Bunga Mas 5, yang telah tiba di Pelabuhan Kaherah, diletakkan dalam keadaan bersiap sedia dan akan digunakan bila perlu. - Bernama

5 comments:

Anonymous said...

salam....harap2 pelajar2 kat mesir tu majoriti memg anti kerajaan tu bersyukurlah dengan usaha kerajaan bawa pulang. bila dah tamat pengajian pulang ke malaysia tak menyokong kerajaan tak mengapa. tp jgn pula buat demonstrasi kat malaysia. ketahuilah sehari demonstrasi susah untuk kita menjalankan rutin harian inikan sehingga berhari2. renung2kanlah

YB Raz said...

anon: betul tu..sejak kebelakangan ini saya perhatikan pendapat yang diberikan saudara/saudari? pendapat cukup bagus tapi diharap dapat kenalkan diri.

d_tieah said...

Tapi cuba try ko baca komen kat entry fitnah dalam rusuhan kat mesir tu..
Ish, menyampah seyh..
Ade yg cakap mcm2..
Tapi aku rasa dia bukan pelajar kat Mesir..

http://dhatieku.blogspot.com/2011/02/aidil-zafwan-dan-zaquan-adha-junior.html

YB Raz said...

d_tieah: tahu tapi malas nak komen banyak..suka hati dia ler.

Anonymous said...

i dont know what to say???who is actually deaf and blind???i but i am sure is not BN..congtae to BN