Geng Bas Sekolah

January 5, 2011

Pendurhaka Harus Dihukum


KLANG 4 Jan. - Desakan supaya tindakan tegas diambil terhadap Ahli Undangan Dewan Negeri (ADUN) Seri Muda, Shuhaimi Shafiei semakin memuncak apabila 18 lagi laporan polis dibuat oleh pelbagai parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini.

Laporan dibuat berikutan kenyataan wakil rakyat tersebut yang mempertikaikan pelantikan Datuk Mohammed Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Selangor yang disifatkan sebagai menderhaka kepada sultan.

Hari ini, sebanyak 11 laporan polis dibuat oleh kumpulan 4Justice di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat dekat di sini, manakala tujuh lagi laporan dibuat di IPD Klang kira-kira pukul 11 pagi ini.

Mereka yang terlibat ialah Pemuda Barisan Nasional (BN) Kota Raja, MIC, MCA Kota Raja, Pertubuhan Pribumi Malaysia (Perkasa), Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Persatuan Bugis Selangor dan Andalas Comunity Centre.

Kira-kira 100 ahli kesemua pertubuhan itu hadir memberi sokongan bagi menggesa pihak keselamatan mengambil tindakan tegas terhadap ADUN dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

Ketua Pemuda BN Kota Raja, Nur Azman Anuarul berkata, langkah yang diambil pelbagai pertubuhan itu adalah sejajar dengan pendirian GAPS semalam yang mahu laporan polis dibuat setiap hari bagi memastikan ADUN tersebut dikenakan tindakan setimpal dengan perbuatannya.

"Perkara ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja kerana ia akan menjadi barah yang akan merosakkan pemikiran masyarakat.

"Saya rasa tindakan ADUN berkenaan sebagai sengaja dibuat untuk menaikkan kemarahan rakyat dan memberi persepsi negatif terhadap institusi Raja-Raja Melayu," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Sumber: Utusan Malaysia

Sudah 18 laporan polis dibuat terhadap anak haram Shuhaimi ni. Apa lagi kasi tangkaplah cepat anak haram ni. Menteri KDN buat apa pula? Tengah makan pisang ke? Atau dok belai berok?

Pihak polis pun sama. Hantar UTK untuk tangkap dia. Tangkap dia macam kes Sultan Kelantan dulu. Jangan dok buat macam menjemput pakcik Anwar pula dulu. Siap boleh minta pakcik Anwar datang sendiri ke balai bila senang.

Nasib baiklah anak haram ni tak duduk di zaman dulu. Dan sekarang ni sultan dah tak berkuasa seperti dulu. Kalau tak dah lama Shuhaimi kena tikam dengan keris penyalang. Sakit woo bila jantung kena tikam dengan keris ikut tulang selangka. Comform memang seksa kalau mati macam tu.

No comments: