Geng Bas Sekolah

January 5, 2011

Peniaga Sial Perlu Dihukum Mati

Minyak Ron 97 dinaikkan lagi semalam. Kini harganya sudah mencecah RM 2.40 seliter. Soal kenaikan harga minyak aku tak hairan kerana sudah memang kerajaan mahu menghapuskan subsidi sedikit demi sedikit.

Tapi apa yang aku nak kata adalah....Perkara basi. Budak tadikapun tahu. Bila harga minyak naik, harga barangan lainpun akan naik. Benda inilah yang paling rakyat benci. Rakyat tak benci malah tak kisah sangat tentang harga minyak. Tetapi rakyat kisah tentang harga barang.

Apa kaitan teh tarik, ayam, daging, lada merah atau belacan dengan minyak Ron 97? Adakah teh tarik dibancuh guna minyak petrol? Atau siram lada merah guna petrol? Bagi ayam, lembu minum petrol? Peram belacan campur petrol?


Benda benda inilah yang rakyat benci. Pantang naik sikit minyak, harga barangpun naik. Tapi bila minyak turun, tak pulak harga barang ni turun. Apa pula cara kerajaan untuk menghalang kenaikan harga barangan ini?

Setakat cakap cakap dalam tv "peniaga dilarang menaikkan harga sesuka hati ATAU tindakan tegas akan diambil", budak tadika pun boleh cakap. Tetapi ada ke peniaga sial ni dikenakan tindakan?

Ada memang ada tetapi terlalu sedikit. Lepas tu hebohlah kononnya kementerian tahan peniaga tu sebab naikkan harga barang. Padahal satu ditangkap, beribu yang lain bebas. Macam ayam bertelur sebijik tapi riuh sekampung menteri ni. Gila glamor sungguh. Kalau nak glamor baik masuk AF je.

Pengusaha restoran mamak nak naikkan harga, ada ke menteri ni masuk campur? Bagi warning atau tangkap pengusaha mamak ni? Mana ada baiiii. Siap hantar banner "kedai harga patut" lagi adalah kat pengusaha mamak ni.

Cara paling senang, menteri suruh rakyat boikot kedai yang mahal. Memanglah betul tetapi apa guna jadi menteri kalau setakat bagi cadangan yang hawau. Cadangan ni tak payah tanya menteri, penoreh getahpun tahu. Takkanlah menteri tak ada penasihat penasihat yang cerdik pandai. Ataupun selama ini menteri menteri dikelilingi oleh punaisihat punaisihat yang dahagakan duit projek.

Bertindaklah tegas wahai pak menteri oii. Kerahkan semua penguatkuasa mengempur peniaga peniaga sial ni. Kalau boleh sita semua harta benda mereka dan jatuhkan hukuman penjara sepanjang hayat keatas mereka.



Pak menteri patut sedar, peniaga sial adalah pengkhianat negara. Mereka memusnahkan negara dari dalam dengan menimbulkan rasa tidak aman dikalangan rakyat. Jangan biarkan negara ini terjerumus ke dalam kemusnahan.

No comments: