Geng Bas Sekolah

January 18, 2011

Isu Azan Selesai


KUALA LUMPUR 17 Jan. – Peguam yang menimbulkan kontroversi kerana mempertikaikan azan, Ng Kian Nam hari ini memohon maaf secara terbuka kepada seluruh umat Islam di negara ini di atas kesilapannya itu.

Katanya, perkara itu terjadi kerana beliau sebenarnya tidak tahu membezakan antara laungan azan dengan ceramah ataupun kuliah subuh.

“Saya perlu jelaskan saya tidak pernah meminta ataupun berniat untuk menghentikan atau mempertikaikan azan yang merupakan elemen yang begitu penting dalam sembahyang umat Islam.

“Saya perlu mengaku tiap-tiap orang ada kelemahannya termasuk saya. Sebagai seorang bukan Muslim, semasa saya tulis surat tersebut, saya langsung tidak tahu membezakan antara azan dan ceramah.

“Maka saya ingin memohon maaf secara tulus ikhlas jikalau kekeliruan saya ini menimbulkan salah faham atau menyinggung perasaan mana-mana pihak khasnya umat Islam di negara ini,” katanya pada sidang akhbar selepas majlis dialog dengan dua persatuan penduduk Pantai Dalam di sini.

Sumber: Utusan Malaysia

Itulah lain kali hati hatilah sikit. Jangan main baiilong je. Semua nak pakat redah je tanpa berfikir. Isu azan sudah selesai. Sekarang isu arak pulak. Bapak ayam dan kepala gengster Selangor main keras kepala lagi dalam isu ni. Masih nak paksa orang islam jual arak. Hasan Ali apa cerita? Takkan senyap je hehehe.

3 comments:

Kak Amy said...

bagus la kalau dia sedar harap pasni boleh ajdi ikhtibar bagi mereka yang bukan beragama islam..

Anonymous said...

TU PSL KITA ORG MELAYU X PENAH KOMPLEN KLU DIORANG BUAT BISING KETIKA PERAYAAN ATAU SAMBUTAN AGAMA DIORANG. KITA MASIH ADE SIFAT BERTOLERANSI HUHUHU

Jeepers Creepers said...

amy: harap begitulah

jeffry: betul tu