Geng Bas Sekolah

December 28, 2010

Orang Bawahan Guan Eng Ditahan Rasuah!

PULAU PINANG 27 Dis. – Seorang ketua jabatan agensi kerajaan dan seorang pengurus kanan sebuah perbadanan di bawah kerajaan DAP Pulau Pinang ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini berhubung kesalahan rasuah.

Suspek pertama, seorang lelaki berusia 44 tahun yang memegang jawatan pengarah di sebuah agensi kerajaan di Seberang Perai ditahan kira-kira pukul 10 pagi di pejabat SPRM negeri.

Manakala suspek kedua, juga lelaki ditahan di sebuah balai polis di sini kira-kira 1 petang.

Pengarah SPRM negeri, Datuk Latifah Md. Yatim berkata, pengarah yang telah berkhidmat sebagai penjawat awam sejak 20 tahun itu disyaki meminta serta menerima rasuah daripada seorang kontraktor pada 2008 dan 2009.

“Dia yang bertugas di negeri ini sejak 2008 disyaki meminta dan menerima rasuah sebanyak RM16,325 untuk deposit sebuah kenderaan daripada seorang kontraktor yang menjalankan kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan pejabatnya.

“Kesalahan tersebut dilakukannya di Kulim, Kedah,” katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.

Menurut Latifah, pengarah tersebut kini ditahan di bawah Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) dan Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Sumber: Utusan Malaysia

Apa lu mau cakap Guan Eng? Lu memang celaka. Lu kata orang lain rasuah tapi budak lu juga kaki rasuah. Lu memang mulut busuk. Busuk serupa taik anjing!

Lu tunggu Guan Eng. Selepas ni lu pula kena siasat.

No comments: