Geng Bas Sekolah

December 28, 2010

Menteri kaki Rogol ?



KUALA LUMPUR,
28 Dis: Kisah seorang pembantu rumah Indonesia dirogol oleh majikannya yang merupakan seorang menteri bermula apabila sebuah badan kebajikan dan hak asasi manusia, Migrant Care, menerima sepucuk surat aduan daripada adik mangsa.

Surat tanpa tarikh yang ditaip dengan mesin taip biasa itu mendakwa kakaknya yang bernama Robengah telah diperkosa oleh seorang menteri kerajaan Malaysia beberapa kali.

"Kakak saya telah diperkosa oleh majikannya Pak Menteri beberapa kali. Hingga satu hari tanggal 19/02/07, kuasa Allah perbuatan kejinya itu telah terlihat oleh Datin isterinya yang sangat baik melayan semua pembantu rumah. Datin telah hantar kakak saya pulang ke Indonesia keesokannya, tanggal 20/02/07," cerita adik mangsa kepada badan yang menjaga kebajikan pekerja Indonesia yang bekerja di luar negeri itu.

Dalam perbualan telefon itulah, Robengah mengaku diperkosa majikannya. Tetapi beliau meminta sangat-sangat isu pemerkosaan itu tidak diperbesarkan kerana dia malu dan takut.

Maklumlah, dia hanya orang kecil sedangkan Pak Menteri itu orang besar dan berpengaruh.

Suami Robengah juga menelefon mereka semua supaya isu ini tidak diperbesarkan dan menganggap ini adalah satu cobaan untuk keluarganya.

Pada 26 Julai sekali lagi para sukarelawan ini menelefon Robengah melalui ibu pejabat mereka di Jakarta.

Robengah kali ini juga meminta agar ia tidak diperbesarkan namun dia mengesahkan telah diperkosa menjelang pulang ke kampung halamannya.

Menurut adiknya, kali terakhir Robengah diperkosa pada 19 Februari 2007 dan kejadian ini telah terbongkar apabila dilihat sendiri oleh isteri menteri ini.

Robengah kemudiannya telah dihantar pulang oleh isteri menteri itu pada keesokan harinya iaitu pada 20 Februari 2007. Dokumen siasatan kes pemerkosaan ini dikatakan telah sampai ke kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur, kedutaan Amerika di Jakarta dan pejabat Perdana Menteri ketika Datuk Seri (kini Tun) Abdullah Ahmad Badawi adalah Perdana Menterinya.

Berdasarkan dokumen dari kedutaan Amerika inilah WikiLeaks mendedahkan kembali kes ini kerana dokumen yang didedahkan oleh WikiLeaks semuanya daripada dokumen yang bocor dari Amerika.

Pendedahan ini kemudiannya diangkat oleh blogger Rocky Bru (Ahirudin Atan), pemimpin akhbar The Malay Mail, dalam blognya baru-baru ini.

Sumber: Lawyer Garang

Hehehe ada menteri gila seks kat malaysia ni. Setakat gila seks tu memang ramai. Tapi kaki rogol tu susah sikit nak dengar hehehehe. Kalau cerita ini benar dan sesiapa ada bukti sila keluarkan segera. Kita kasi jatuh menteri busuk ni. Orang celaka macam ni tak boleh kasi muka. Kita mesti dedahkan sepertimana kes Adun PAS tu hehehehe.

Cerita ni dari Wikileaks. Bukan dari kitab harakah rekaan rabai yahudi berserban hijau hehehehehe.

5 comments:

Badut Rakyat said...

salam 1 malaysia...saya telah paut kan blog anda utk blog saya.penulisan blog anda memang hebat.tahniah di ucapkan.kalau boleh paut kan blog saya utk blog anda..terima kasih dan salam perjuangan dari saya,penulis badut rakyat..

http://badutrakyat.blogspot.com/

IBM said...

Salam dan salam perjuangan. Singgah ke blog tuan yg berinformasi ini. Tahniah!!..teruskan...din sini saya ingin minta izin agar tuan pautkan blog sya di sini, dan blog tuan telah saya pautkan di blog saya. Terima kasih. Link saya :http://ibm-akusayangumno.blogspot.com/

Badut Rakyat said...

salam 1 malaysia...saya telah paut kan blog anda utk blog saya.penulisan blog anda memang hebat.tahniah di ucapkan.kalau boleh paut kan blog saya utk blog anda..terima kasih dan salam perjuangan dari saya,penulis badut rakyat..

http://badutrakyat.blogspot.com/

Jeffry said...

PERGHHH DASAT ADE PAK MENTERI CENGITU BROO ADOIYAIIII

YB Raz said...

badut/ibm: terima kasih

jeffry: dasat kan hehehe