Geng Bas Sekolah

December 27, 2010

Menaiki Bas Dua Tingkat Ibarat Perjalanan Terakhir DI Dunia


Gambar Hiasan

KUANTAN 26 Dis. - Lagi nahas membabitkan bas ekspres dua tingkat. Mujurlah kali ini, tiada nyawa yang terkorban.

Seramai 39 penumpang bas ekspres dua tingkat melalui detik cemas apabila bas yang mereka naiki terbabas ke laluan bertentangan sebelum terbalik ke dalam parit di Kilometer 363 Jalan Raub-Bentong awal pagi ini.

Bagaimanapun, penumpang bas yang dalam perjalanan dari Kota Bharu, Kelantan ke Kuala Lumpur itu bernasib baik kerana kejadian pada pukul 5.20 pagi itu tidak melibatkan kehilangan nyawa.

Ketua Polis Daerah Raub, Supritendan Wan Mohd. Samsudin Wan Osman berkata, lapan orang termasuk seorang kanak-kanak berusia empat tahun cedera dalam kemalangan tersebut.

"Kesemua mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Raub (HR) untuk menerima rawatan. Enam daripada mereka sudah dibenarkan pulang.

"Dua mangsa lagi yang mengalami kecederaan parah iaitu patah tulang rusuk dan kecederaan di perut masing-masing ditempatkan di wad HR dan Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh untuk rawatan lanjut," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sumber: Utusan Malaysia

Mungkin sudah tiba masanya kerajaan mempertimbangkan semula penggunaan bas dua tingkat di malaysia. Bas dua tingkat bukanlah sesuatu yang baru sebenarnya malah telah lama digunakan di UK.

Tetapi disana bas ini tidak digunakan untuk perjalanan jarak jauh malah kualiti displin pemandu dan juga permukaan jalanraya disana cukup baik berbanding di sini. Rata rata orang tahu bagaimana gilanya pemandu bas di malaysia ini. Pemandu bas diMalaysia bila dapat pegang stering seolah olah orang dah naik syeikh. Macam bomoh ekor menurun jadinya. Menggila tak tentu pasal.

Ditambah pula dengan keadaan jalanraya malaysia seolah olah Malaysia ini baru mencapai kemerdekaan. Ataupun Malaysia ni macam tengah berperang. Jalan berlubang sana sini, retak dan beralun macam ombak laut selat melaka. Bila tampal lubang, macam orang tampal gigi je. Langsung tak rata. Buat kerja tak ikhlas langsung.

Oleh itu sewajarnya kerajaan mengharamkan penggunaan bas dua tingkat di Malaysia ini. Walaupun kerajaan berusaha memajukan negara tetapi selagi adanya makhluk makhluk yang masih tak bertamadun maka segala usaha ini akan sia sia sahaja.

No comments: