Geng Bas Sekolah

November 13, 2010

Saman Ekor Satu Kezaliman


AWANG sangat tertarik kepada berita seorang hakim di Jerman tiba-tiba menjadi terkenal selepas membebaskan 42 pengguna jalan raya yang didakwa melanggar peraturan had laju.

Apa yang menarik ialah hakim berkenaan percaya kawalan had laju bukan dijalankan demi keselamatan pengguna jalan raya, tetapi lebih menjurus kepada sumber pendapatan tambahan negara.

Awang geleng kepala apabila terus meneliti ulasan penghakimannya. Awang cuba bayangkan betapa ‘kecohnya’ jika penghakiman sedemikian rupa dibuat ke atas mereka yang melanggar peraturan had laju di negara kita.

Setahu Awang, banyak kes kemalangan jalan raya di negara kita dikenal pasti berpunca daripada perbuatan memandu laju. Pihak-pihak yang mempunyai bidang kuasa berkaitan juga memperakui perkara tersebut. Tiada sesiapa pun yang mempersoalkannya.

Jika tidak dikenakan kompaun (yang bererti pendapatan kepada negara), apakah hukuman setimpal yang wajar dikenakan kepada pelanggaran had laju? Apakah perlu dirotan semata-mata bagi mengelak kerajaan tidak memperoleh hasil jika dikompaun?

Sumber: Utusan Malaysia

Kali ini aku tidak bersetuju dengan Awang Selamat. Sesungguhnya saman kawalan had laju atau lebih dikenali sebagai saman ekor dinegara ini adalah satu kezaliman kepada rakyat. Aku tak kisah kalau semasa memandu, polis menahan aku kerana melanggar peraturan. Dari situ aku nampak dan faham kesalahan aku.

Tapi saman ekor, sudah berbulan bulan malah bertahun, barulah seseorang itu tahu dia mempunyai saman. Entah bila, dimana dan apa salahnya, seseorang itu tidak akan tahu. Tup tup dapat saman.

Dan aku juga amat bersetuju dengan pendapat saman dikeluarkan bukan untuk mendidik sebaliknya mengisi pendapatan negara. Jika sistem kehakiman disini membebaskan pesalah had laju, tidak akan berlaku kekecohan sebaliknya rakyat akan berterima kasih kerana membebaskan mereka dari kezaliman.

Mati itu pasti sedangkan hidup itu mungkin. Renung renungkanlah. Tak kira sama ada seseorang itu hidup didalam peti besi atau kubu yang kebal, maut tetap akan datang kepadanya. Jadi janganlah kaitkan had laju dengan kemalangan maut. Geli ketiak aku bila dengar orang cakap macam tu.

...sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan (sementara) dan sesungguhnya akhirat itulah negeri yang kekal

“Setiap yang bernyawa akan mengalami mati. (QS Al Anbiya 35)

“Sesungguhnya kematian yang kamu ingin lari darinya itu sungguh-sungguh akan menemui kamu.” (QS Al Jumu’ah 8 )

No comments: