Geng Bas Sekolah

November 12, 2010

Sah Murtad - Apa Kata PAS

Kontroversi budak bernama Basil Anak Beginda membawa sosej babi di Sekolah St. Thomas baru-baru ini bertukar menjadi isu lebih besar apabila media melapurkan bapa budak tersebut, NOR AZMAN BIN ABDULLAH @ BEGINDA membuat pengakuan bahawa sebenarnya beliau sudah murtad daripada Islam!!!

Dalam kenyataan beliau yang disiarkan oleh beberapa media utama hari ini, Nor Azman mengaku bahawa sememangnya beliau dahulu beragama Islam, tetapi telah murtad dan kini memakai nama Beginda Anak Minda dengan catatan rasmi tanpa agama.

Malahan beliau dikatakan mengesahkan telah mendapat identiti baru melalui MyKad yang diberikan kepadanya pada tahun 2004 dengan nama dicatat sebagai ‘Beginda Anak Minda’.

Pada saya, isu murtad Nor Azman ini (jika benar lapuran media yang memetik kenyataannya ) adalah sesuatu yang terlalu serius dan mesti ditangani dengan segera dan berhikmah. Saya mendesak pihak berkuasa terutama pihak berkuasa agama supaya jangan berlengah dan membiarkan perkara ini berlarutan. Janganlah berulang lagi insiden Natrah, Nor Aishah Bukhori dan Azlina Jailani @ Lina Joy berulang.

Kedayusan kita mengambil tindakan segera akhirnya menyebabkan murka ALLAH. Padanlah perpecahan umat Islam makin serius didalam negara ini. Kerana dikalangan kita sudah ada yang murtad dan kita kelihatan terlalu lemah untuk mengambil tindakan yang jelas.

Ini adalah isu besar bagi umat Islam. Nor Azman adalah seorang Muslim. Saya mengenali beliau sebagai seorang Muslim. Nor Azman adalah antara saksi utama bagi pembelaan kes liwat Anwar dahulu. Beliau juga adalah ahli PKR dan calun PKR bagi PRU 10 di kerusi Parlimen P.188 Kapit (1999) dan calun PKR bagi PRN Sarawak 2001 di kerusi N.24 Engkelili.

Sumber : Zulkifli Noordin

Sekarang sudah terbukti didalam geng bas sekolah PAS, sudah ada yang murtad. Jika dahulu Nik Aziz sokong 300% nama Allah s.w.t digunakan oleh pihak kristian. Dan sekarang apa pula "fatwa" yang mahu dikeluarkan oleh pemimpin PAS.

Benarlah kata Dr Harun Din dahulu, pemimpin PAS sudahpun kufur. PAS harus kembali kepada islam sebelum terlambat.

2 comments:

Anonymous said...

ISHH GILAKK AHH..MANE ADE ORG BERANI BANTAH CKP HANTU RAYER TU. DIA KAN MENATANG DAP. WALLY SLIPOR PUN SUJUD KAT KAKI DIA BROO. SIAP KASI TIKET KE SYURGA. FREE LAGI HUHUHU

Jeepers Creepers said...

hahahaha