PETALING JAYA 9 Nov. - Segala permasalahan yang timbul dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) termasuk kekalutan pada pemilihan parti yang menyaksikan pelbagai aktiviti penyelewengan serta penipuan berleluasa, adalah manifestasi kelemahan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Datuk Zaid Ibrahim berkata, kelemahan Anwar terbukti apabila beliau hanya pandai menyalahkan Barisan Nasional (BN) apabila misi 16 September gagal, ahli Parlimen keluar parti selain kehilangan pentadbiran negeri Perak, sedangkan semua perkara berlaku berpunca daripadanya.
Selain itu, beliau mendakwa kelemahan Anwar juga semakin terserlah apabila hanya 6,000 ahli parti keluar mengundi dalam pemilihan PKR dan pada masa yang sama parti itu kini dilihat semakin tidak bermaya untuk menjadi sebuah parti pembangkang yang kuat.
Sehubungan itu, beliau yang baru mengumumkan penarikan diri daripada bertanding jawatan timbalan presiden mendesak supaya Anwar bersama 'anak emasnya', Azmin Ali berundur daripada PKR kerana kedua-duanya disifatkan sebagai punca kepada segala masalah.
"Masalah yang kita hadapi sekarang adalah manifestasi kepada kelemahan Anwar sendiri, justeru itu jika PKR mahu menjadi lebih baik, kita perlu kepimpinan baru yang mampu memberi kekuatan, nafas serta fokus yang baru bagi mengatasi kelemahan-kelemahan parti.
"Anwar dan Azmin mesti berundur daripada parti kerana mereka adalah punca kepada segala masalah, kita perlu terima hakikat ini dan sekarang bukan masa untuk berdolak-dalik," katanya pada sidang akhbar di kediamannya di Tropicana Golf & Country Resort di sini hari ini.
Sumber: Utusan Malaysia
Sudah sah sekarang Zaid mahu menggulingkan pakcik Anwar dari partinya sendiri. Apa pula reaksi makcik Jijah apabila melihat seekor katak kini mahu merampas parti keluarganya.
Huh semakin huru PKR sekarang. Katak yang dahulunya pernah menjadi balaci pakcik Anwar kini mahu merampas parti PKR pula.
Si Zaid ni pun jenis muka tak malu. Suka suka je suruh pakcik Anwar tu berundur. Padahal PKR tu hak milik dia sekeluarga. Siapa Zaid ni nak halau pakcik Anwar tu dari PKR. Eloknya si Zaid ni diperhambat keluar dari PKR. Dasar katak tak sedar diri.
P/s: Aku suka pakcik Anwar didalam PKR sebab akan mempercepatkan kehancuran parti tajaan yahudi zionis.
No comments:
Post a Comment