Geng Bas Sekolah

November 11, 2010

PAS Sokong Orang Islam Murtad & Makan Babi !

Pendedahan panas. PKR menghina orang islam apabila seorang guru merotan merotan seorang pelajar kerana membawa sosej babi. Aku tak peduli sangat pasal PKR sebab mereka memang parti orang tak beragama. Tengoklah sendiri akhlak pemimpin mereka bagaimana kan.

Tetapi yang aku nak sebut kat sini adalah tentang parti PAS. Parti yang kononnya memperjuangkan islam. Perkara ini didedahkan oleh Yb Zulkifli Nordin :



Fakta yang jelas dan tidak boleh dinafikan ialah Basil Anak Beginda adalah seorang budak beragama Islam. Ayahnya bernama Nor Azman Bin Abdulah @ Beginda Anak Minda. Beliau adalah ahli PKR. Beliau calun PKR bertanding dalam PRU 10 di P. 188 Kapit (1999) dan PRN Sarawak N.24 Engkili (2001). Beliau tewas di kedua-dua pilihanraya (faktanya saperti yang tercatat dibawah). Melainkan Nor Azman mahu datang kedepan dan menyatakan beliau bukan lagi Islam, anaknya menurut hukum adalah tetap seorang Muslim!
Nor Azman Bin Abdullah @ Beginda juga adalah salah seorang saksi utama bagi pihak Anwar Ibrahim semasa perbicaraan kes liwat 1998 dahulu. Saya antara peguam yang mengendalikan beliau, dan sepanjang pengetahuan saya beliau beragama Islam.

Persoalan yang saya ingin kemukakan ialah apakah tindakan yang pihak penguatkuasa agama ambil mengenai fakta ini. Budak beragama Islam dibekalkan dengan sosej babi ke sekolah!! Saya mendesak supaya suatu tindakan diambil oleh pihak berkuasa agama Islam negeri dengan memanggil kedua ibubapa dan anak tersebut untuk mengenal pasti status agama budak tersebut, dan diberi kaunselling dan nasihat bahawa pemakanan babi adalah haram didalam Islam.

Apa yang membimbangkan saya ialah apabila status agama Islam Basil Anak Beginda yang makan sosej babi ini dibangkitkan, DAP/ PKR dan segelintir MP PAS dengan cepat melatah menyatakan bahawa ini bukan isu agama!! Dah kalau ini bukan isu agama, isu apa lagi! Apakah dasar DAP/PKR menghalalkan ahlinya yang beragama Islam makan sosej babi! Apa pula pendirian pak jangoat badut ingusan dalam isu ini? Kenapa membisu macam kambing sakit gigi je? Dan kepada ahli akar umbi PKR dan PAS yang masih taksub dengan kepimpinan PKR ini, adakah kamu semua redho dengan pendirian ini?

Tapi yang saya sangat kesal ialah apabila saya dedahkan hakikat bahawa budak yang membawa sosej babi ini beragama Islam, tak pasal-pasal segelintir Ahli Parlimen PAS melenting dan menyatakan status agama budak ini tidak relevan!! Kalau yang bercakap tu Kitsiang atau Karpal Singh saya tak hairan, tapi bila Ahli Parlimen PAS yang menyatakan itu, saya terus mencabar mereka "apakah pendirian kamu membenarkan anak orang islam boleh membawa sosej babi ke sekolah?". Mereka tidak menjawab, sebaliknya saperti biasa memberi label saya ni extremis dan lain-lain.

Baca selanjutnya di sini

Ini rupa sebenar puak PAS. Islam hanya pada nama sahaja sedangkan di hati mereka, mereka sendiri amat memusuhi islam. Mereka kata mereka perjuangkan Hudud padahal mereka sendiri tidak mahu Hudud ditegakkan. Semuanya hanya kerana mahu menunjukkan kononnya orang UMNO tidak islam dan hanya mereka sahaja yang islam.

Puak PAS Munafik Terbesar Malaysia

2 comments:

Bingai @ Bangang said...

Inilah fartwa-fartwa hebat. Pada aku tindakan guru merotan pelajar tersebut adalah betul kerana tugas guru adalah mendidik. Sebagai seorang Islam guru juga bertanggungjawab terhadap akidah anak murid terutama bila ibubapanya sendiri tidak mampu memberikan didikan yang sempurna.

Dan sebagai parti komponen dalam PR, PAS juga bertanggungjawab membela orang Islam yang suka makan SOSEJ BABI! (ada sesapa tau cerita Din Puduraya tak? aku dengar kisah tu pun menarik. hehehe)

Aku Yang Bingai
Satu Ahli Satu Undi di TendangTerajang

Jeepers Creepers said...

bingai: nak tahu kisah din puduraya, tu kena tanya papagomo hehehe