Ada desas desus mengatakan Zaid akan menubuhkan sebuah parti politik baru sekiranya dia disepak keluar dari PKR. Sekiranya Zaid disepak keluar, sudah pasti yang paling gumbira adalah si dayus Azmin.
Mungkin pakcik Anwar juga tak kisah sangat dengan keluarnya Zaid tetapi dia terlupa bahawa para penyokong PKR sendiri sudah berpecah dua. Dan sekiranya benar Zaid menubuhkan parti baru, sudah pasti ramai penyokong PKR akan masuk parti si katak Zaid.
Penyokong PKr sekarang sudah menolak kepimpinan pakcik Anwar. Malah sudah melihat sendiri bagaimana permainan kotor percaturan pakcik Anwar didalam PKR. tambahan pula kes liwatnya yang jelas menunjukkan bukti pakcik Anwar memang peliwat.
Apa gunanya parti politik tanpa penyokong. PKR sudah pasti akan lumpuh dan hancur sekiranya kehilangan penyokong. Begitu juga dengan parti baru Zaid sekiranya dia juga tidak mempunyai penyokong.
Mungkin strategi Zaid untuk menarik penyokong adalah mendedahkan tembelang sebenar pakcik Anwar dan Azmin. Dikala itu, apa pula helah pakcik Anwar. Rasanya mungkin dia akan terus keluar negara dan tidak lagi pulang.
Aku cadangkan parti baru Zaid diberi nama "Semangat 46 da return" hehehe.
No comments:
Post a Comment