Geng Bas Sekolah

November 6, 2010

Galas Bukan Bukti UMNO Mampu Rampas Kelantan

Kemenangan BN di Galas dan Batu Sapi telah menaikkan semangat penyokong BN. Namun kemenangan itu bukanlah bermakna BN boleh mendabik dada. Masih banyak lagi yang perlu dilakukan terutamanya MCA dan Gerakan.

UMNO sudah bangkit manakala MIC didalam proses pemulihan sedangkan MCA dan Gerakan masih lagi tiada penyelesaian. CSL masih lagi mengkritik orang melayu manakala KTK pula hanya mendiamkan diri.



Adakah ini bukti bahawa sebenarnya orang cina ini memang susah hendak dipercayai? DAP semakin berkuasa dan didalam DAP ahlinya adalah orang cina. Jika DAP menang PRU 13 nanti, tidak mustahil MCA dan Gerakan akan bersama sama DAP.



Selama ini MCA dan Gerakan bersama didalam BN kerana DAP dilihat tidak mungkin berpeluang hidup diarus politik negara. Malah DAP suatu ketika dahulu sudahpun nyawa nyawa ikan. Sehinggalah kegagalan pentadbiran PakLah dan pembebasan ejen yahudi telah menaikkan semula parti DAP.

Kenaikan semula DAP seiring dengan kejatuhan kerajaan kerajaan melayu. Ini dilihat sebagai peluang untuk menukar semula haluan MCA dan Gerakan untuk menaikkan bangsa mereka melalui DAP.

Kalau dilihat secara halus, mengapa Gerakan langsung tiada apa apa tindakan untuk mengambil semula P.Pinang sedangkan dahulu mereka yang memegangnya. Manakala CSL pula asyik menyerang dan membuat tuntutan terhadap orang melayu.

Didalam kemenangan BN ini, UMNO harus menilai semula dan meneliti hala tuju kedua parti cina ini. Sejak PRK lepas, hanya UMNO yang bertungkus lumus berusaha memenangi semula kerusi yang diduduki pihak lawan. Sedangkan dimana jentera Gerakan dan MCA?

Janganlah UMNO menjadi seperti PAS yang hanya bertaraf anjing suruhan saja kepada DAP. Oleh itu UMNO jangan terlalu mengharap mampu menawan Kelantan sekiranya MCA dan Gerakan menjadi duri dalam daging.

Orang Melayu Perlu Bersatu

2 comments:

Anonymous said...

DS NAJIB PERLU MEMBUAT PERUBAHAN PEMBERIAN KERUSI PD PRU13 NANTI. TIDAK PERLU PERSEPAKATAN ANDAINYA MEMBAWA MUSIBAH.

Jeepers Creepers said...

betul tu