Maaf, entry aku kali ini mungkin membuatkan ada pihak terasa. Tetapi ini adalah kebenaran. Jika anda tidak terlibat, maka anda tak perlu terpekik terlolong.
Serangan demi serangan dilancarkan keatas orang melayu yang mengaku islam di negara ini. Orang islam disuapkan dengan makanan haram seperti arak, ayam cucuk serta mungkin babi yang dijenamakan semula sebagai lembu? *kita tak tahu*.
Selain dari segi makanan, orang melayu islam juga dilabelkan sebagai pemalas, pemakan rasuah, bodoh dan sebagainya. Orang melayu juga dihina, dikutuk sesuka hati malah dicaci maki oleh pihak tertentu dinegara ini. Sehingga ada menerbitkan video untuk menghina orang melayu.
Negara asing mencaci maki negara kita, membakar malah menyerang kedutaan kita disana. Najis dilemparkan malah rakyat kita disana turut diancam bunuh!
Dan sekarang agama islam dihina sehinggakan ada ajk surau menagih bantuan orang kafir, orang kafir masuk ke rumah solat, nama Allah dijual oleh pihak tertentu kepada agama lain.
Yang menjadi persoalan sekarang, dimana sensitiviti orang melayu apabila diserang sebegini hebat? Adakah orang melayu sudah menjadi bodoh seperti LEMBU? Diberi makan kenyang kenyang iaitu diberi kesenangan ekonomi, pendidikan dan sebagainya oleh kerajaan lalu menjadi bodoh sebegini?
Dimana pegangan agama orang melayu sekarang apabila islam dihina oleh orang kafir? Dimana sensitiviti umat islam apabila disuapkan dengan makanan haram terus kedalam mulut? Dimana sifat sayangkan agama, bangsa dan negara apabila negara asing mula mengacah dan menyentuh kedaulatan negara kita? Dimana?
Mungkin ada benar orang melayu tidak perlu dibantu sehingga mereka lupa untuk berusaha. Mungkin kesenangan yang mereka dapat pada hari ini, membuatkan mereka lupa tentang erti rasa susah.
Malangnya kesenangan dan kemakmuran yang dikecapi sekarang membuatkan orang melayu terus hilang minat, hilang sensitiviti mereka. Sehingga musuh musuh islam memijak kepala mereka begitu sahaja. Orang melayu sekarang sudah hilang maruah. Hilang harga diri. Mudah dilacurkan oleh pihak tertentu.
Bertambah malang apabila ada orang melayu menjadi penjilat dan pelindung kepada musuh islam. Ada juga orang melayu yang memegang kuasa membenarkan tindakan bangsa asing menghina sesama bangsa melayu. Apabila bangsa asing menghina orang melayu, mereka tidak dikenakan tindakan. Tetapi apabila ada orang melayu yang mahu melawan, mereka terus dikenakan hukuman.
Mungkin kerana ada melayu bangsat inilah, rata rata orang melayu menjadi tawar hati untuk mempertahankan maruah dan nasib bangsa. Alangkah malang semangat orang melayu dibunuh oleh orang melayu juga.
Berubahlah orang melayu. Bersatulah sebelum terlambat. Jangan biarkan musuh musuh islam memecahbelah dan menghancurkan orang melayu. Jangan biarkan orang melayu menjadi pelarian dinegara sendiri.
Tamat Hikayat Malaysia Heaven. Selamat sempurna yang membaca dia dan segala yang menengarkan dia, istimewa yang menyuratkan dia, dipeliharakan Allah subhanahu wataala apalah kiranya dari dunia datang ke akhirat, berkat syafaat Nabi Muhammad mustafa, sallallahu alaihi wasaalam.
1 comment:
SLM BRO..BTUL LA BRO. SUSAH KLU ADE MELAYU YG TERGAMAK MEMAKAN DAGING BANGSA NYA SENDIRI..ADOIYAIII
Post a Comment