Geng Bas Sekolah

August 4, 2010

Sokong Kawin Awal

MELAKA 3 Ogos - Selepas mencadangkan penubuhan sekolah khas bagi pelajar mengandung, kerajaan negeri 'menggalakkan' pula ibu bapa memberi kebenaran kepada anak- anak mereka berkahwin walaupun masih bersekolah bagi mengekang gejala hamil luar nikah.

Bagi tujuan tersebut, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) bersetuju memberi kelonggaran bernikah kepada pelajar lelaki bawah umur 18 tahun dan bawah 16 tahun bagi pelajar perempuan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, prosedur permohonan bernikah bagi pelajar terbabit masih dikekalkan iaitu perlu dibuat melalui Mahkamah Syariah tetapi kelonggaran diberi untuk memudahkan mereka bernikah jika mendapat persetujuan ibu bapa masing-masing.

Menurutnya, keputusan itu diambil dan telah dipersetujui oleh semua pihak pada persidangan menangani gejala sosial yang diadakan baru-baru ini.

"Bagi kerajaan negeri, ini adalah langkah terbaik menangani gejala buang bayi dan kes hamil serta melahirkan anak luar nikah. Adalah lebih baik ibu bapa memberi kebenaran kepada anak mereka yang hendak sangat berkahwin daripada mereka melakukan zina.

Sumber : Utusan Malaysia

Bantah

Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abd. Rashid Shirlin berkata, beliau tidak bersetuju dengan langkah kerajaan negeri Melaka itu meskipun bermatlamat mencegah gejala hamil luar nikah.

Ini kerana, katanya, kebanyakan kes hamil luar nikah bukan melibatkan pasangan yang serius hendak berkahwin tetapi hanya untuk berseronok sehingga terlanjur.

"Puteri UMNO yakin gejala tidak bermoral itu hanya boleh diselesaikan menerusi 'akarnya' iaitu setiap ibu bapa menjalankan tanggungjawab mendidik anak-anak tentang dosa dan pahala," katanya.

Sumber: Utusan Malaysia

Sekarang ada dua pihak yang bertelagah mengenai isu ini. Yang pertamanya menyokong manakala yang kedua membantah. Setiap pihak ada hujah sendiri. Dan tidak dinafikan setiap hujah ada juga kebenarannya.

Tetapi pendapat peribadi aku, aku sokong kawin awal. Sebenarnya tak ada masalah kalau kawin awal. Siapa yang mengada ngada cakap kawin awal ini selalunya bermasalah? Padahal bersepah lagi orang tua yang kawin tetapi bercerai juga.

Kononnya cakap mengenai faktor ekonomi. Kalau macam tu pergilah kerja. Takkan dah kawin tapi nak suh mak bapak kau tanggung. Kalau macam tu baik bagi bapak kau je yang kawin dengan awek kau.

Pengarah Eksekutif Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO), Ivy Josiah pula berkata, walaupun undang-undang Islam Melaka membenarkan perkahwinan kepada golongan pelajar tetapi mengikut undang-undang sivil mereka masih dikategorikan sebagai kanak-kanak.

Itu undang undang sivil. Undang undang sivil orang kafir yang buat. Buat apa kami orang islam nak ikut orang kafir. Orang kafir takde kerja lain melainkan nak menjahanamkan orang islam. Malah kes natrah dahulu, undang undang kafir yang membuat kacau sehingga terjadi peristiwa berdarah tu.

Soal pendidikan? Mengarut je belajau tinggi tinggi ni. Kerja susah juga dapat. Lepas tu mulalah putus nafas nak membayau PTPTN. Lain kalau kau belajar dokter, jurutera atau subjek yang akan terus melayakkan kau dapat kerja. Kalau setakat belajar subjek subjek biasa lepas tu berhempas pulas nak pergi interviu, baik kau lupakan jelah. Kau study kemahiranpun ok juga. At least boleh berdikari.

Walaupun apa jua alasan yang diberikan oleh pihak yang membantah, kita sebagai orang islam akhirnya tetap kena terima Qadak dan Qadar. Kalau dah tercatat di Loh Mahfuz bahawa jodohnya tiba awal, tiada sesiapapun yang dapat menghalang.

Sudah sudahlah tu. Terimalah hakikat sebenar. Jangan dihalang mereka yang mahu mendirikan masjid. Sepatutnya masyarakat harus menyokong dan membantu mereka. Bukannya menghalang dan memberikan alasan alasan karut marut.

Tamat Hikayat Malaysia Heaven. Selamat sempurna yang membaca dia dan segala yang menengarkan dia, istimewa yang menyuratkan dia, dipeliharakan Allah subhanahu wataala apalah kiranya dari dunia datang ke akhirat, berkat syafaat Nabi Muhammad mustafa, sallallahu alaihi wasaalam.

3 comments:

Megat Alam Gempita said...

Kahwin awal elak maksiat?
Dah bersedia ke remaja-remaja tersebut memikul tanggungjawab?
Alih-alih mak bapak juga yang kena tanggung makan minum. Tu belum lagi keluar baby silap-silap susu, pampers, kain baju anak ...mak bapak dan sedara mara juga kena tanggung. Yang depa tau jadi pengantin muda nak toron jer.
Niat baik tapi tak kena gaya...lainlah kalau kahwin free semua orang support, aku pun nak kahwin muda dulu.

Jeepers Creepers said...

tu ler pasal..kena ler ubah sikap..kalau susah sangat biar aku je yg kawin kah kah kah

insidewinme said...

Hari ini kaum Muslimin berada dalam situasi di mana aturan-aturan kafir sedang diterapkan. Maka realitas tanah-tanah Muslim saat ini adalah sebagaimana Rasulullah Saw. di Makkah sebelum Negara Islam didirikan di Madinah. Oleh karena itu, dalam rangka bekerja untuk pendirian Negara Islam, kelompok ini perlu mengikuti contoh yang terbangun di dalam Sirah. Dalam memeriksa periode Mekkah, hingga pendirian Negara Islam di Madinah, kita melihat bahwa RasulAllah Saw. melalui beberapa tahap spesifik dan jelas dan mengerjakan beberapa aksi spesifik dalam tahap-tahap itu