Geng Bas Sekolah

August 5, 2010

Kes Bunuh Atau...Nauzubillah Min Zalik....

KLANG 4 Ogos - Polis percaya kes kematian bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Permatang, Datuk Abdul Aziz Mohd. Noh dan bekas pembantu peribadinya, Siti Rohana Ismat di Sungai Buloh, Selangor semalam tidak melibatkan pihak ketiga.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, siasatan kini hanya menjurus mencari motif tembakan itu dan laporan penuh mengenainya akan diperoleh secepat mungkin.

Menurut beliau, polis juga sedang merakam percakapan saksi-saksi antaranya orang yang pertama tiba di tempat kejadian dan orang yang melihat kenderaan mangsa bergerak perlahan sebelum melanggar pembahagi lebuh raya di Kilometer 455.7, Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran susur keluar Sungai Buloh.

"Kita kini menunggu laporan penuh bedah siasat, balistik dan forensik untuk melengkapkan siasatan.

Abdul Aziz, 64, ditemui mati bersama Siti Rohana, 43, dengan kesan tembakan di kepala masing-masing dalam sebuah kereta Toyota Caldina yang terbabas di Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran Sungai Buloh pukul 11 pagi semalam.

Hasil bedah siasat awal yang dijalankan semalam mendapati, terdapat satu kesan peluru di kepala Abdul Aziz manakala dua kesan peluru ditemui di kepala Siti Rohana.

Sumber: Utusan Malaysia

Sejak dua hari lepas, negara digemparkan dengan satu kes maut melibatkan bekas Adun beserta bekas pembantu peribadinya. Bermacam spekulasi yang dibuat. Aku sendiri pada mulanya menyangka ada yang menembak dari luar *dah macam citer hollywood*.

Tetapi setakat ini tiada tanda ianya dilepaskan dari luar. Manakala sepucuk pistol kepunyaan Adun berkenaan ditemui didalam kereta tersebut bersama kelongsong peluru. So kalau ada kelongsong peluru tu bermakna ianya ditembak dari dalam.

Ada teori yang mengatakan ada orang ketiga tapi berdasarkan saksi serta siasatan polis memang tiada pihak ketiga. Setakat ini ianya masih menjadi misteri. Fuh seram seram....

So pada aku, Mungkin satu kes bunuh dan satu lagi.....Biarlah si mati selesaikan sendiri urusannya dengan Allah s.w.t. Sudah tiada apa lagi yang boleh kita buat. Kita cuma boleh mendoakan semoga dosa mereka diampunkan dan dicucuri rahmat.

Al Fatihah....

Dan kehidupan dunia ini adalah permainan dan senda gurau. Sedangkan akhirat itu, sungguh lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Tidakkah kamu mengerti?

Tamat Hikayat Malaysia Heaven. Selamat sempurna yang membaca dia dan segala yang menengarkan dia, istimewa yang menyuratkan dia, dipeliharakan Allah subhanahu wataala apalah kiranya dari dunia datang ke akhirat, berkat syafaat Nabi Muhammad mustafa, sallallahu alaihi wasaalam.

No comments: