Zakaria Ahmad juga adalah abang kepada Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad. Zakaria juga adalah adik kepada Salleh Hj. Ahmad, pensyarah UIA dan Yang Dipertua Persatuan Ulama Malaysia.
Mungkin ada dasar Zakaria Ahmad berasal dari keluarga yang hebat nama dan kedudukan mereka dalam senarai penguasa agama di negara ini, maka tindakannya MENYALAK dan MENJILAT pemimpin kafir secara berterus-terang di dalam khutbah tidak dianggap salah. Pastinya akan ada yang cuba mencari-cari dalil dan nas yang membolehkan perbuatan Zakaria Ahmad yang dianggap sebagai BIDAAH DHOLALAH terbesar abad ini di Tanah Melayu.
Setakat ini, Mufti Pulau Pinang yang merupakan abang kepada Zakaria Ahmad telah pun membela adiknya dengan menyalahkan jemaah dan qariah atau lebih tepat lagi para saksi dengan mengatakan, mereka tidak memahami bahasa Arab sedangkan doa yang dibuat oleh Zakaria Ahmad dituturkan dalam Bahasa Melayu yang jelas dan khusus untuk keselamatan, bukannya memohon hidayah, iman atau Islam.
Sehingga kini, hanya dua orang Mufti yang memberikan kupasan tentang perbuatan bidaah Zakaria Ahmad iaitu Mufti Perak dan Mufti Kedah... bagaimanapun, kedua-dua mufti tersebut, terutama Mufti Perak dilabelkan sebagai Mufti UMNO kerana seringkali menegur kesalahan dan penyelewengan yang dilakukan oleh PAS dari pucuk pimpinan sampai ke akar umbi.
Sehingga kini Mufti yang lantang menentang sebarang kemungkaran ahli-ahli politik terutama yang bergelar Mursyidul Am, hanyalah Mufti Perak. Sedangkan kebanyakan mufti lain lebih senang mendiamkan diri dan cuba mengelak daripada dikaitkan dengan UMNO seperti yang menimpa Mufti Perak.
Para ulama pula lebih senang mendiamkan diri bagi memastikan jawatan dan kemewahan mereka tidak dirampas oleh penguasa. Mereka bercakap agar mereka menerima habuan. Mereka mendiamkan diri agar mereka tidak dikatakan jahil dan kehilangan habuan. Tugas ulama diambilalih oleh si jahil-jahil dan penyeleweng-penyeleweng serta pendusta....
Sumber : Flying Kick
Tu dia siapa sebenarnya khatib haram jadah ni. Rupa rupanya abangnya sendiri adalah Mufti P.Pinang. Patut ler senyap sepi je Mufti P.Pinang apabila heboh cerita pasal benda ni.
Humm memang sah ini adalah akhir zaman. Apabila alim ulama sendiri menyokong kemungkaran, maka bersedialah menerima azab Allah s.w.t. Mungkin selepas ini P.Pinang akan tenggelam kedalam laut atau dilanda tsunami besar.
Dulu aku ada buat posting pasal mufti tikus ni. Semuanya hanya berdiam diri laksana patung (klik sini)
Sampai bilalah baru mufti mufti ini hendak bersuara. Nik Aziz semakin lantang menghina islam, para ulama senyap sunyi. Adakah mereka takut dan percaya bahawa Nik Aziz memegang kunci syurga? Kalau begitu baik tak payah jadi alim ulama.
Tamat Hikayat Malaysia Heaven. Selamat sempurna yang membaca dia dan segala yang menengarkan dia, istimewa yang menyuratkan dia, dipeliharakan Allah subhanahu wataala apalah kiranya dari dunia datang ke akhirat, berkat syafaat Nabi Muhammad mustafa, sallallahu alaihi wasaalam.
1 comment:
Salam.Dunia akhir zaman memang macam ni.Ramai ulamak ulamak periuk nasi aje yang menjaga periuk nasi mereka dari menyatakan kebenaran
Post a Comment