GEORGETOWN – Walaupun berhadapan risiko ditahan mahupun ditangkap, seorang aktivis, Arif Ibrahim tetap akan mempertahankan serta memperjuangkan isu tanah kubur di Jelutong.
Arif berkata, beliau sedikit pun tidak gentar untuk berjuang menegakkan kembali isu berkenaan walaupun terpaksa berhadapan dengan Ketua Menteri, Lim Guan Eng.
Menurutnya, beliaulah individu yang dikatakan menyerang Guan Eng ketika pemimpin itu datang berbuka puasa di Masjid Kampung Rawa.
“Saya perjuangkan isu tanah kubur di Jelutong bukan atas dasar parti ataupun kepentingan diri sendiri, tetapi saya berjuang untuk agama dan bangsa saya sendiri. Ke mana orang Jelutong atau yang berhampiran macam saya ini nanti hendak ditanam kalau meninggal dunia.
“Takkan hendak buang ke dalam laut mayat kita semua, walau macam mana sekalipun saya akan pertahankan isu ini sehinggalah ada pihak yang tampil ke hadapan membuat penjelasan kembali,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.
Terdahulu media melaporkan Guan Eng yang ketika itu sedang menaiki kenderaannya diserang lelaki misteri yang memegang sebuah kadbod tertulis ‘Save Lot 21, 22 Muslim Cemetery’ dan tanpa diduga lelaki berkenaan lompat naik ke keretanya.
Kemudiannya lelaki berkenaan yang sebenarnya Arif ditarik oleh beberapa anggota Cawangan Khas dari Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut yang kebetulan berada di tempat kejadian.
Pada majlis yang sama dalam laporan akhbar juga mengatakan Guan Eng juga diserang secara psikologi apabila seorang lelaki yang dikatakan amat dikenali di negeri ini merenungnya dalam keadaan marah dari jauh.
Arif berkata, serangannya itu bukan sengaja diadakan sebaliknya beliau telah menyelidik terlebih dahulu fakta tanah Lot 21 dan 22 berhampiran dengan Masjid Jamek Jelutong.
“Saya sudah ke tingkat 17 Komtar iaitu di Bahagian Perancangan Bandar Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) bagi mengetahui status tanah berkenaan, sebelum ini sudah pun ada cadangan tanah itu sememangnya untuk pelebaran tanah kubur di Jelutong.
“Tetapi pada mula saya mendapat maklumat dari rakan bahawa pelebaran tanah kubur tidak ada sebaliknya hanya akan ada pembangunan rumah mewah, kerana itu saya ke Komtar untuk membuat pengesahan,” katanya.
Arif juga memaklumkan pihaknya sudah mengadakan demonstrasi pada pemerintahan Barisan Nasional (BN) sebelum ini bagi mendapatkan hak tanah perkuburan di Lot 21 dan 22.
Pada pemerintahan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, isu berkenaan selesai dan pelan untuk pelebaran kubur akan dijalankan, namun beliau sendiri tidak tahu bagaimana Kerajaan Negeri kembali menukarkan pelan untuk pembangunan perumahan pula.
Beliau berkata, difahamkan pemaju yang bakal membangunkan lot berkenaan juga diibaratkan seperti dakwaan Guan Eng terhadap seorang pemimpin mengenai syarikat ‘RM2’.
“Memang saya dapat tahu syarikat itu bukanlah pemaju yang sudah pun ada nama, sebaliknya pemaju ‘RM2’ sahaja. Jika beginilah sikap Kerajaan Negeri yang hanya mementingkan pembangunan rumah-rumah mewah, ke mana akan perginya penduduk Melayu di Jelutong.
“Selepas ini kemungkinan Pas atau UMNO di Jelutong tidak akan ada lagi dan kami terpaksa dibubarkan, kenapa? Kerana orang Melayu Jelutong sudah tidak ada, semuanya dipenuhi dengan rumah-rumah mewah,” katanya.
Berdasarkan kepada penjelasan Sdr Arif Ibrahim ini , menunjukkan kepada kita sikap sebenar Lim Guan Eng yang dipuja dan didoakan oleh PAS yang sebenarnya berlakon sahaja di depan orang Melayu tetapi sebaliknya usaha terancang menghalau orang Melayu di Jelutong .
Selain itu , Arif Ibrahim walaupun ahli PAS beliau mengakui bahawa kerajaan BN ketika di bawah pemerintahan Pak Lah pernah berusaha menyelamatkan Lot tanah 21 dan 22 untuk dijadikan tanah perkuburan tambahan untuk kariah Masjid Jelutong dan ia hampir diselesaikan.
Tetapi apabila PR ambil alih, mereka kembali menukarkan pelan untuk pembangunan perumahan pula.
Ternyata pembohongan Mujahid Rawa sebelum ini dalam haprak daily tentang status tanah pekuburan di masjid jelutong jelas menunjukkan beliau mudah diperbodohkan oleh Ketua Menteri paling celaka dalam sejarah . klik di sini dan sini
Jadi , kepada Melayu PP jangan mudah terpedaya dengan lakonan dan pembohongan Guan Eng yang kononnya kerajaannya prihatin dan menolong umat Islam . Kalau 2 orang ahli PAS ini yang hanya orang biasa sudah sedaq bahawa Khalifah Guan Eng hanya menipu orang Melayu , jadi kepada yang cerdik pandai ..tunggu apa lagi !!
Sumber : Pejuang Bangsa
Tamat Hikayat Malaysia Heaven. Selamat sempurna yang membaca dia dan segala yang menengarkan dia, istimewa yang menyuratkan dia, dipeliharakan Allah subhanahu wataala apalah kiranya dari dunia datang ke akhirat, berkat syafaat Nabi Muhammad mustafa, sallallahu alaihi wasaalam.
1 comment:
Sokong lagi PAKATAN HARAM..DAP menang dlm diam PAS sedang sakit jantung very long "q" nak tunggu buat stern operation, PKR harap boleh senyum kambing..
Post a Comment