Ahli PAS Join Kristian?
Seramai 29 orang ditahan, 21 lelaki dan lapan perempuan setelah polis beserta pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) bertindak menyerbu upacara Kurafat Vigil anti-ISA di Padang Timur berhampiran bangunan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) malam tadi
Mereka yang ditahan termasuk Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Syed Ibrahim Syed Noh(JIM) dan pemimpin PKR, Badrul Hisham Shaharin, Setiausaha PSM, Arutchelvan dan koordinator Suaram, Nalini Elumalai. Perhimpunan ini telah disertai oleh oleh hardcore Pas, Pkr dan Dap.
Sumber: TaipingMali
Lim Guan Eng Cuba Jual P.Pinang Pada Singapore?
Para pemimpin utama negara ini terutama yang terdiri dari bangsa Melayu hendaklah menumpukan perhatian serta merta kepada negeri kita Pulau Pinang , salah sebuah negeri dalam Persekutuan Tanah Melayu asalnya dan kini dalam Persekutuan Malaysia.
Mari kita segera melupakan kegilaan para pemimpin DAP, Keadilan dan PAS, kerana mereka kini sedang membuat lakonan untuk menarik perhatian Kerajaan Barisan Nasional terutamanya para pemimpin UMNO untuk mengaburi mata semua orang ; sedangkan pada masa yang sama mereka kini bertungkus lumus untuk menghapuskan kuasa Melayu di negeri Pulau Pinang buat selama-lamanya.
DAP Pulau Pinang kini memulakan usaha ‘rezoning’ atau mengezon semula atau membuat garis persempadanan semula semua penempatan penduduk Pulau Pinang. Rancangan di sebalik itu ialah menjadikan semua kawasan majoriti pengundi Melayu berpecah menjadi secil-kecil dan tidak ada suara majoriti di semua tempat.
Untuk ini orang Melayu akan dipindahkan dalam bentuk kumpulan –kumpulan kecil dan diletakkan ketengah-tengah kawasan pengundi Cina . Manakala para pengundi Cina pula dalam bentuk kumpulan yang besar dipindahkan kekawasan penduduk Orang Melayu untuk menjadikan bilangan mereka melebihi bilangan penduduk Melayu. Cara ini bila pilihanraya nanti semua calon DAP dan pakatan mereka akan menang mudah. Cara inilah yang telah dibuat oleh Lee Kuan Yew di Singapura sebaik saja dia keluarkan dirinya dari Persekutuan Malaysia pada tahun 1965 lalu.
Lee Kuan Yew Perdana Menteri Singapura melakukan kerja-kerja ‘Rezoning’ penduduk Melayu ditahap kemuncak sekali iaitu memecahkan kawasan-kawasan penduduk Melayu di Gaylang Serai , Kaki Bukit, Tanjung Katong , Kalang, Kampung Ubi , Kampung Kandang Kerbau, Bedok, Arab Street dan lain-lain.
Rancangan Lee Kuan Yew ini amat berjaya, kerana selepas itu tidak seorang pun orang Melayu yang boleh bertanding mewakili penduduk Melayu, kerana mereka sudah dipisahkan dalam kelompok yang amat kecil ketempat-tempat berjauhan .
Sumber : DES
Tamat Hikayat Malaysia Heaven. Selamat sempurna yang membaca dia dan segala yang menengarkan dia, istimewa yang menyuratkan dia, dipeliharakan Allah subhanahu wataala apalah kiranya dari dunia datang ke akhirat, berkat syafaat Nabi Muhammad mustafa, sallallahu alaihi wasaalam.
1 comment:
kalaulah itu sudah menjadi kenyataan DAP,untuk menjadikan penang seperti singapore,apa ditunggu lagi?...marilah kita bersama sama memberi sokongan kepada BN untuk menhancurkan DAP diPenang!!!!kita dah bagi betis tapi dia minta peha pulak....berani mampos nak menghalau melayu dari Penang....kerajaan BN bersusah payah untuk menyatukan semua kaum selama bertahun tahun,tapi DAP dapat kuasa memerintah,senang senang nak pecah belahkan perpaduan didalam Malaysia ini....saya anak Melayu yang tinggal diEropah hampir 10 tahun,telah menyaksikan bagaimana kaum Mejoriti menguasai negara mereka dengan ketat sekali tanpa memberi laluan kaum minoriti untuk mendabik dada didalam negara mereka....Umno dan Barisan Nasional harus Bangkit demi menyelamatkan Malaysia....Politik kotor harus ditolak oleh semua rakyat malaysia....ALLAH HUAKBAR....ALLAH HUAKBAR...HIDUP UMNO...HIDUP BARISAN NASIONAL.....
Post a Comment