Geng Bas Sekolah

August 26, 2010

PAS Tidak Layak Melaksanakan Hukum Hudud

Aku tertarik dengan penjelasan oleh saudara azli mengenai hanya UMNO boleh menjalankan hukum Hudud (klik sini). Jika dilihat dari segi kekuatan PAS, memang PAS tidak layak langsung sebab PAS cuma parti picisan atau bahasa kasarnya adalah parti sampah!

Mengapa digelar parti sampah? Kerana mereka langsung tidak mendapat majoriti didalam pilihanraya. Malah mereka TIDAK PERNAH mendapat majoriti! PAS juga tunduk kepada kehendak orang rosak moral seperti pakcik Anuar dan juga kepada kehendak orang kafir DAP.

Apabila Nik Aziz baru membuka mulut sudah disergah oleh singh tua, adakah ini membolehkan kita percaya PAS boleh mengawal keadaan dan negara suatu hari nanti? Adakah PAS mampu menjalankan hukum Hudud sedangkan PAS sentiasa tunduk kepada orang kafir? Malah PAS sekarang sudah membuang agenda negara islam.

Hukum Hudud bertujuan untuk menegakkan keadilan. Tetapi dengan sifat dan perangai pemimpin dan ahli PAS sekarang, adakah mereka mampu menegakkan keadilan? Pemimpin PAS suka memfitnah, mencarut dan memaki hamun orang lain. Adakah orang sebegini layak menjalankan hukum Hudud?

Orang PAS sendiri tidak menjalankan keadilan. Suka mengkafirkan orang islam lain. Hanya mengangkat diri lebih baik daripada orang lain. Adakah ini namanya keadilan?

Aku percaya kalau PAS menjalankan hukum Hudud, hanya orang islam lain sahaja yang teraniaya. Orang PAS, PKR dan DAP akan terlepas dari hukuman mereka. Tak kiralah apa salah yang dilakukan mereka, mereka tidak akan dikenakan hukum Hudud sebab bagi mereka, inilah keadilan.

Oleh itu PAS tidak layak menjalankan hukum Hudud kerana PAS hanya membawa kerosakkan keatas manusia.

Tamat Hikayat Malaysia Heaven. Selamat sempurna yang membaca dia dan segala yang menengarkan dia, istimewa yang menyuratkan dia, dipeliharakan Allah subhanahu wataala apalah kiranya dari dunia datang ke akhirat, berkat syafaat Nabi Muhammad mustafa, sallallahu alaihi wasaalam.

1 comment:

org islam said...

ko 2 alim sgt ke nk tduh PAS kafirkan umat Islam....bnyk sgt ke ilmu ko 2 nk ckp cm2.....hukum hudud mmg untuk org Islam jela agame laen ikut cre agame dyorang la.....klo x taw psal agame jgn nk hina org laen lg2 ulama'.bwk2 la btaubat slagi pntu taubat msih terbuke...