Geng Bas Sekolah

August 30, 2010

PAS Parti Politik Syaitan

Tokoh Melayu Terbilang UMNO 2010, Tan Sri Zainuddin Maidin yang lebih mesra dengan nama Zam melihat parti-parti pembangkang iaitu Pas, Dap dan PKR penuh dengan kepura-puraan dalam mengaplikasikan politik tanpa menunjukkan hal yang sebenar.

Beliau mendedahkan, semasa Tragedi 13 Mei 1969 Pas minta Allahyarhamm Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj ‘merampas’ harta-harta orang Cina, manakala ketika Konfrontasi Malaysia-Indonesia Pas menyebelahi Indonesia supaya ‘mengambil’ Malaysia.

Jelaslah, katanya, pendirian dan tindakan Pas sendiri bertentangan dengan Islam.

“Kononnya Pas berteraskan Islam tetapi ketika UMNO mempromosikan unsur-unsur perpaduan kepada rakyat, Pas telah mengapi-apikan. Pas dulu mengapikan sehingga kata kita hendak bagi negara ini kepada orang Cina sewaktu zaman perikatan diwujudkan,” kata beliau di dalam temubual khas UMNO-online.com.

Di dalam pertemuan itu, beliau mengimbas semula sejarah, beliau memaklumkan bahawa Perdana Menteri pertama Tunku Abdul Rahman pernah memberitahu bahawa selepas peristiwa berdarah 13 Mei 1969, ada pemimpin Pas yang datang menemui beliau dengan menyuarakan bahawa inilah masanya untuk Melayu rampas semula harta-harta Cina.

“Tunku kata kita nak rampas kita sendiri tahukah berniaga, jadi mengapa kita nak rampas harta-harta mereka kerana mereka berusaha sendiri ke arah itu.

“Sikap-sikap yang tidak rasional begini terbukti sehinggakan semasa zaman konfrontasi orang-orang Pas inilah yang menyokong Indonesia malah kalau boleh mahu Indonesia ambil negara ini dan pemimpin-pemimpinnya ditangkap,” jelasnya.

Tegas beliau, Pas adalah parti perkauman yang berasaskan ekstremisme kepada Islam.

“Kita dalam UMNO inilah yang menentang dan mewaraskan PAS, mendedahkan ketaksuban mereka dalam agama, kita dedahkan Nik Aziz yang mengatakan orang UMNO ini barua, kita dedahkan Mat Sabu menuduh Tun Mahathir itu gila, kita buat pendedahan Haji Hadi mengkafirkan orang UMNO yang siap dengan rakaman video.

“Selepas pendedahan ini, kita jadikan mereka lebih beradap dan bersopan. Mengapa sekarang ini mereka nak menuduh kita sebagai seorang yang bersifat perkauman sedangkan kita sudah biasa buat penyesuaian dengan kaum-kaum lain melalui gabungan perpaduan Cina, Melayu, India dan kaum-kaum lain dengan lebih besar,” tegasnya.

Beliau yang juga mantan Ketua Penerangan menyelar tindakan bertopengkan agama Pas sedangkan realitinya tidak demikian.

“Ini permainan politik mereka. Mana ada mahu laksanakan hukum hudud sedangkan seorang wanita yang bogel dan terdedah di khalayak walhal berjawatan Ahli Dewan Undangan Negeri telah diterima oleh Nik Aziz sebagai satu keharusan, skandal dan sebagainya.

“Bagaimana Pas boleh sesuaikan diri dengan aspek tidak bermoral begini?” soalnya.

Justeru katanya, UMNO bukan baru hari ini percaya kepada liberalisme, tapi telah bersifat liberal dari awal lagi.

“Macam Dap yang kononnya mahu jadi PAP Singapura pun tak jadi juga kerana PAP akan mengambil tindakan terhadap mana-mana ahlinya yang terlibat dalam salah laku moral.

“Menterinya yang terlibat akan dibuang dan jika diketahui rasuah ada yang belum bicara lagi sudah bunuh diri. Bagaimana pula dengan Dap?”

Berkaitan dengan PKR pula, Zam yang juga tokoh wartawan negara melihat ia sebagai satu parti yang hanya hendakkan kuasa tetapi yang mahu dan gilakan kuasa tersebut hanya seorang individu sahaja.

“PKR parti yang belum matang di peringkat bawah dengan perjuangan yang tidak berprinsip iaitu cuba menyesuaikan diri dengan Dap apabila bersama parti itu dan menukarkan watak apabila bersama dengan Pas. Asal saja ia memberi pulangan kepada pemimpin atasannya untuk naik ke atas.”

Jelas Zam lagi, antara ketiga-tiga parti pembangkang ini mereka saling mencari ruang dan peluang untuk mendapat kuasa.

“Pas yakin kalau menang pilihan raya akan menjadi Perdana Menteri, dan Dap juga akan mendapat ruang sedangkan PKR pula tidak ada matlamat dengan melakukan penyesuaian dari semasa ke semasa,” katanya.

Tegas beliau, rakyat perlu sedar bahawa kalau sekarang pun mereka tidak boleh untuk laksanakan penyatuan dan kesesuaian maka masyarakat harus perlu bersedia untuk menghadapi satu keadaan atau suasana yang kecoh sekiranya mereka memerintah nanti.

“Jadi terserah pada rakyat sama ada mereka mahukan kerajaan yang stabil iaitu sudah ada Perlembagaan dan asas-asas yang kukuh atau kerajaan yang tidak pasti hala tuju dan hanya tahu berangan-angan.”

Tambahnya lagi, orang Melayu juga harus tahu atas sikap tolak ansur yang tidak terbatas antara Pas terhadap PKR dan Dap akan mampu mewujudkan ketidakstabilan politik dan keadaan akan jadi lebih buruk lagi.

“Sedangkan dalam Barisan Nasional juga ada krisis biarpun berpuluh tahun terpaut tetapi sekurang-kurangnya kita sudah ada asas dan pendirian dengan penerimaan jelas kepada kepimpinan tertinggi manakala bagi PKR, Dap, Pas sendiri masih tercari-cari satu kaedah yang buntu.

“Pembangkang tidak akan dapat lari dari ruang lingkup prinsip-prinsip perlembagaan itu sendiri. Buktinya apabila berkuasa mereka juga lakukan sebagaimana yang dibuat oleh orang UMNO.”

Umpamanya, tambah beliau lagi surat sokongan adalah soal biasa dalam UMNO tapi penilaian rakyat apabila pembangkang menjadi kerajaan maka akan wujud sebuah kerajaan utopia iaitu kerajaan yang bersih dan tiada dosa, boleh betul-betul berkhidmat kepada rakyat tanpa rasuah, tanpa penyalahgunaan kuasa sedangkan sebaliknya belum apa-apa surat sokongan sudah diberi kepada adik salah seorang anggota mereka sendiri.

“Rakyat harus menilai perkembangan-perkembangan yang berlaku bahawa kelemahan manusia ada dalam semua parti, hanya yang pokoknya adalah kepimpinan yang benar-benar berhasrat untuk memberikan sebuah kerajaan yang lebih adil.”

Di dalam hal ini, katanya, kita lihat bahawa mahu atau tidak kita tidak boleh menafikan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib mempunyai fokus iaitu untuk menghilangkan prasangka sesama kaum dengan penyesuaian berlandaskan kepada Perlembagaan itu sendiri.

Masyarakat tahu, terutama pemimpin dan penyokong Pas sendiri ingat Dap sentiasa menentang dasar Pas untuk mendirikan negara Islam. Karpal Singh berkali-kali memberi amaran keras kepada Pas, ‘langkah mayat saya dulu” kalau hendak mendirikan negara Islam.

Malah Karpal dan Lim Kit Siang menentang pelaksanaan hukum hudud Pas.

UMNO Online


Tamat Hikayat Malaysia Heaven. Selamat sempurna yang membaca dia dan segala yang menengarkan dia, istimewa yang menyuratkan dia, dipeliharakan Allah subhanahu wataala apalah kiranya dari dunia datang ke akhirat, berkat syafaat Nabi Muhammad mustafa, sallallahu alaihi wasaalam.

No comments: