Geng Bas Sekolah

August 6, 2010

PAS Sokong Majlis Kristian Secara Terbuka ?

Apa kata penyokong PAS bila Shah Alam, bandar yang dulunya majoriti besar Islam-Melayu semasa zaman BN-UMNO, kini akan menganjurkan Majlis Mari Masuk Kristian pada 4 September nanti iaitu di minggu terakhir Ramadhan yang mulia?

Yang sedihnya, ia bukan akan dianjurkan di kawasan terpencil atau di gereja kecil, tapi nah, di Pusat Konvensyen Shah Alam.



Majlis ini mengajak semua untuk sama-sama mengalami dan menyertai Kristian. ("come experience and join us", kata posternya. Tapi siapa yang diajaknya?? Berapa ramai orang Kristian di Shah Alam?

Setahu saya, dulu semasa zaman Shah Alam di bawah BN-UMNO yang jahat, Shah Alam ini ditubuhkan oleh Kerajaan Barisan Nasional sebagai bandar Melayu-Islam, untuk dihuni oleh orang-orang Islam dan mengenakan berbagai-bagai sekatan terhadap aktiviti-aktiviti maksiat dan aktiviti sebegini.

Tapi sekarang di bawah Kerajaan yang mana PAS menjadi sekutu, begini ceritanya. Pulak lagi Ahli Parlimennya ialah orang PAS juga, Khalid Samad. Apakah PAS tak kesah yang mungkin ada anak-anak muda dari UITM Shah Alam atau UniSel Shah Alam atau PTPl dan sebagainya yang mungkin murtad akibat pembenaran aktiviti dakyah Kristian ini?

Bangsat sangatkah orang Islam Shah Alam sekarang sampai redha dengan benda-benda begini. Atau adakah undi lebih penting dari segalanya?

Atau mungkin akan ada yang kata "Lebih baik masuk Kristian dari masuk UMNO!".

Sumber : APa Kata PAS

Dan : KerisPutera

Tamat Hikayat Malaysia Heaven. Selamat sempurna yang membaca dia dan segala yang menengarkan dia, istimewa yang menyuratkan dia, dipeliharakan Allah subhanahu wataala apalah kiranya dari dunia datang ke akhirat, berkat syafaat Nabi Muhammad mustafa, sallallahu alaihi wasaalam.

2 comments:

Panglima Perang Cyber said...

ini sangat bahaya...saya akan siarkan link tulisan saudara di blog saya.

syabas atas tulisan di atas.

Jeepers Creepers said...

terima kasih pang5..