Pemilik butik pakaian muslimah, Zaida's Collection, Zaida Abd. Aziz, 44, memberitahu, dia telah diarahkan keluar dari premisnya pada 18 Ogos ini atas beberapa alasan yang dianggap tidak munasabah.
Sambil mengakui ramai lagi peniaga mengalami nasib yang sama tetapi masih enggan mendedahkan situasi sebenar, dia menceritakan keadaan yang menimpa dirinya sehingga menyebabkan dia kini tidak tentu arah dan terasa seolah-olah dianiaya.
Jelas Zaida, dua alasan diberikan oleh pihak pengurusan. Pertama, perniagaannya tidak mencapai sasaran jualan pihak pengurusan dan kedua, bagi memberi peluang kepada orang lain menjalankan perniagaan mereka di situ.
Terkejut dengan alasan itu, Zaida membuat rayuan beberapa kali kepada pihak pengurusan untuk menimbangkan semula arahan itu memandangkan hampir RM700,000 sudah diperuntukkannya untuk membeli stok perniagaan.
''Saya telah membuat rayuan beberapa kali dan mereka bersetuju untuk memberi penangguhan sehingga bulan depan (September) selepas Aidilfitri.
''Saya akur sekiranya ingin menaikkan kadar sewa walaupun terpaksa membayar sewa sehingga RM12,000 sebulan yang pada asalnya hanya RM8,000 atau diminta untuk membuat pengubahsuaian semula mengikut spesifikasi.
''Namun kami tetap diarahkan keluar tanpa apa pun alasannya," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.
Sumber : Utusan Melayu
Nampaknya orang melayu semakin hilang hak mereka ditanahair sendiri. Jika selama ini isu hak orang melayu sering diperkatakan tetapi masalah peniaga melayu dihalau dan dinafikan hak berniaga di pusat membeli belah terkemuka tidak pernah didedahkan.
Dahulu kita kecoh seketika apabila peniaga melayu dihalau daripada KLCC. Tetapi kecoh hanya disaat itu. Sehingga kini tiada tindakan diambil untuk menolong orang melayu. Dan sekarang peniaga melayu juga bakal menerima nasib yang sama di Alamanda Putrajaya.
Dan dalangnya sudah pasti pihak yang sama iaitu orang yang bertanggungjawap menguruskan Suria KLCC.
Kerajaan sepatutnya menyiasat apa motif sebenar pihak berkenaan. Dan dedahkan siapa individu terbabit. Adakah orang cina? Ataupun warga asing? Dulu aku dengar khabar pengurusnya adalah warga asing.
Apa kejadahnya seorang warga asing menguruskan perniagaan membabitkan hak Malaysia? Adakah orang kita sudah hilang semangat sayangkan negara sehingga membenarkan warga asing menguruskan perniagaan seperti ini?
Jika dahulu saya percaya sudah pasti warga asing begini bakal menempah maut tetapi dengan lemahnya semangat jati diri dan pegangan agama, kita sudahpun menjual negara kita tanpa disedari.
Kali ini kerajaan patut campur tangan. Jangan jadikan pusat membeli belah hak kaum ultra kiasu. Pastikan hak bumiputera tetap dijaga meliputi segala galanya termasuk hak berniaga. Sayanglah bangsa seagama sendiri sebelum terlambat. Kelak hanya bangsa seagama sendiri juga yang akan mendoakan kita selepas mati. Bukannya kaum ultra kiasu.
1 comment:
Ya. Jangan hanya bercakap mengenai pembelaan orang Melayu tetapi tindakannya tiada. Kerajaan harus tegas membela nasib pribumi. Jangan kabur mata dengan wang ringgit untuk diri sendiri sahaja.
Post a Comment