Geng Bas Sekolah

June 4, 2010

Gula Bawa Bencana

KUALA TERENGGANU 3 Jun - Tunjuk kad jemputan kahwin untuk lebih mudah beli gula!

Mungkin bunyinya agak pelik. Namun itulah nasihat Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) negeri bagi memudahkan mereka yang ingin mengadakan kenduri kahwin tetapi sukar untuk mendapatkan bekalan gula.

Timbalan Pengarahnya, Ab. Ghani Harun berkata, pihak yang ingin mengadakan kenduri tersebut perlu membawa kad jemputan perkahwinan sekurang-kurangnya dua atau tiga hari sebelum majlis diadakan.

Katanya, tindakan tersebut dilakukan bagi memudahkan pihak PPDNKK mengagih-agihkan bekalan gula selain dapat memenuhi keperluan mereka yang bakal mengadakan majlis kenduri perkahwinan pada musim cuti ini.

"Kita menjangkakan banyak majlis perkahwinan yang akan diadakan pada musim cuti sekolah ini. Oleh itu kita sedia bertolak ansur untuk mengagihkan bekalan kepada mereka yang lebih memerlukan.

"Tetapi apa yang penting ialah mereka perlu membawa kad jemputan kahwin berkenaan ketika ke pejabat PPDNKK sebagai bukti," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ab. Ghani turut mengingatkan para peniaga agar mengemukakan lesen perniagaan masing-masing sebelum boleh mendapatkan bekalan gula berkenaan.

Jelasnya, ia perlu bagi mengelakkan segelintir individu yang mengambil kesempatan ketika kekurangan bahan itu terutamanya pada musim cuti yang akan tiba tidak lama lagi.

"Kita yakin dengan bekalan gula sebanyak 2,400 metrik tan sebulan yang kita ada itu akan mencukupi untuk kegunaan seluruh pengguna di negeri ini.

"Jadi orang ramai tidak perlu bimbang kerana bekalan gula masih mencukupi namun perlu diingatkan sekiranya mereka sukar mendapatkan gula ataupun ada peniaga yang enggan menjual gula dengan pelbagai alasan, sila laporkan perkara itu kepada PPDNKK dengan segera," tegasnya.

Sumber : Utusan Malaysia

Perghhh gila kentang! Krisis gula di Terengganu semakin parah. Sampai nak beli gula kena tunjuk kad kahwin. Bagaimanapun tindakan ini adalah untuk mengelakkan para peniaga menipu dan menyorok gula.

Kerana gula, ramai orang berebut. Nampaknya selepas ini gula adalah komoditi berharga setanding minyak mentah dan emas. Padahal gula sebenarnya tidak diperlukan oleh manusia. Masyarakat lupa, kerana gula, mereka boleh menghadapi pelbagai penyakit.

Disaat kerajaan mengadakan kempen mengurangkan penyakit diabetis dan obesiti, masyarakat masih membutakan mata dan mempekakkan telinga dengan menyumbat seberapa banyak gula kedalam tubuh badan. Bila sudah terlantar sakit, barulah timbul rasa menyesal tak sudah.

Entah bila masyarakat baru hendak belajar dari kesilapan....

2 comments:

YANG GAMBI said...

YB Raz, memang parah dengan bab gula ni.... tempat kawasan yang dianggarkan penduduk lebig kurang 30,000 keluarga, kedai runcit tidak kurang 100 buah, 1 mini market, 5 D'mart Felda, semuanya kata tiada stok gula.... dah lapor kat PPDNKK, tapi dah 2 minggu masih dlm keadaan yg sama..byk yg dah guna susu dlm minuman...

Jeepers Creepers said...

sepatutnya kalau tiada gula, inilah masanya masyarakat belajar mengurangkan penggunaan didalam minuman.

kita sebenarnya boleh hidup tanpa gula. cuma tidak mahu mencuba.