Geng Bas Sekolah

June 15, 2010

Festival Ramadhan Cadangan Mengarut

Seorang menteri bukan islam mahu bulan Ramadhan iaitu bulan suci untuk umat islam diadakan festival. Ianya hanya bertujuan mengaut keuntungan dunia dengan alasan menarik pelancong Timur Tengah datang ke Malaysia.

Satu cadangan yang mengarut. Cukup memualkan apabila bulan yang dimuliakan oleh umat islam kini mahu dicemari dengan pelbagai aktiviti selama 24 jam tanpa henti sepanjang bulan Ramadhan.



Cadangan ini harus dibantah oleh semua orang islam kerana ianya sudah bercanggah dengan kemulian bulan itu sendiri. Bulan Ramadhan adalah bulan untuk kita melibatgandakan amal ibadat, bulan untuk mengawal hawa nafsu terhadap makan minum dan mengelakkan diri dari melakukan perkara perkara tidak baik.

Malah menurutnya, iman dari Qatar atau Dubai akan dijemput untuk mengimamkan Solat Tarawikh.

Huh apakah sudah tiada lagi orang islam dinegara ini yang layak untuk menjadi imam solat Tawarikh? Dan berapa ribu pula bayaran untuk imam imam jemputan itu? Dan apakah mereka benar benar imam yang hebat amalan atau sekadar standart imam surau surau dikampung kita?

Ternyata orang bukan islam hanya tahu membuat duit duit duit tanpa mengira sensitiviti umat islam dinegara ini.

Menteri bukan islam tidak seharusnya mencampuri urusan umat islam dinegara ini walaupun bertujuan menarik pelancong. Kerana agama islam bukanlah agama berjual beli seperti agama agama lain.

Sumber : Bicara Nobisha
: Bernama

No comments: