Sejarah telah membuktikan bahawa tiada kerajaan yang kekal diatas muka bumi ini. Rom, Parsi China malah Srivijaya dan Melaka juga pernah muncul sebagai sebuah kerajaan yang besar dan membentuk tamadun manusia dikawasan sekitar. Tetapi akhirnya mereka semakin lemah dan seterusnya hilang.
Begitu jugalah dengan parti politik diseluruh dunia. Contoh, parti Demokratik Liberal Jepun yang telah memerintah lima dekad akhirnya tumbang. Begitu juga di Britain baru baru ini. Memang tiada yang kekal kerana yang kekal itu hanyalah Allah s.w.t jua.
UMNO juga tidak terkecuali daripada menerima nasib sama. Walaupun DS Najib berusaha bersungguh sungguh memulihkan dan mengembalikan keyakinan rakyat kepada UMNO, jika tiada sokongan daripada ahli bawahan maka usaha ini hanya sia sia.
Sehingga kini, begitu banyak laporan mengatakan UMNO Negeri, Cawangan dan Bahagian semuanya sampah!. Aku ulang semua SAMPAH!
Masih belum mahu insaf dan bertaubat diatas dosa dosa lalu. Masih berangan berjalan diatas karpet merah Hollywood, masih bermimpi makan didalam pinggan emas dan disuap gadis comel.
UMNO masih lagi dipegang dan dijajah oleh mereka mereka yang tidak berakal sihat. Yang hanya mementingkan perut sendiri. Sepatutnya UMNO melakukan rombakan besar besaran. Semua pemimpin, ajk yang TIDAK BERGUNA harus DIBUANG.
Siasat semua penyalahgunaan kuasa dikalangan pemimpin UMNO. Masih ramai yang salahgunakan mengunakan jawatan dan nama. Malah mereka menyekat sesiapa yang lebih baik dan berkelayakan daripada menjawat sebarang jawatan didalam parti.
UMNO dinegeri yang dikuasai Pakatan terus menerus MATI. Langsung tidak berusaha menarik semula sokongan rakyat. UMNO negeri langsung tidak mendekatkan diri dengan rakyat. Masih menganggap rakyat sayangkan mereka.
Boleh dilihat perbezaan demonstrasi bantahan yahudi zionis anjuran KJ yang hanya dihadiri oleh 200 orang sedangkan yang dianjurkan oleh Pakatan beratus ratus malah beribu. Dari situ sepatutnya pemimpin UMNO sudah sedar bahawa mereka dibenci sebenci bencinya!
Menteri menteri DS Najib pula berperangai serupa siamang. Suka mengeluarkan kenyataan kenyataan kontreversi. Ingat mereka ni artis ke. Nak buat gosip. Padahal setiap yang keluar dari mulut mereka hanya menghancurkan UMNO saja.
Kalau begini sikap mereka, cadangan Tun Mahathir supaya mengadakan PRU lebih awal hanya mempercepatkan pengebumian UMNO dan BN. Sedangkan PRK pun UMNO tak boleh menang inikan pula PRU. UMNO masih bermimpi disiang hari.
Blogger yang kecewa:
GAP
RBF
Semut Hitam
Braveheart
House PK
Wadah-Rakyat
Medan-Info
No comments:
Post a Comment