Geng Bas Sekolah

June 26, 2010

Belia Benci KJ

ALOR SETAR 25 Jun - Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin (gambar) mendakwa pendekatan yang digunakan oleh Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) terhadap sesuatu isu merupakan penghalang kepada semangat 1Malaysia.

Beliau berkata, meskipun niat Perkasa untuk memperjuangkan keistimewaan kaum pribumi negara ini adalah murni, namun presiden pertubuhan itu, Datuk Ibrahim Ali mengambil cara yang tidak bertepatan dengan konsep 1Malaysia dalam menyuarakan pandangan.

Katanya, pendekatan Ahli Parlimen Pasir Mas berkenaan sudah ketinggalan zaman dan tidak lagi laku untuk diguna pakai dalam era globalisasi.



"Ibrahim Ali, Perkasa punya pendekatan adalah penghalang kepada 1Malaysia. Konsep 1Malaysia tidak akan gadaikan orang Melayu tetapi cara yang beliau buat memang tidak memupuk perpaduan seperti yang dituntut 1Malaysia.

"Beliau ahli politik jaguh kampung, dalam zaman globalisasi, mana boleh. Sudah lapuk, tidak laku," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Kuala Kedah di sini hari ini.

Sumber : Utusan Malaysia

Biadap sungguh KJ! Dia ini semakin menjadi jadi gilanya. Selepas menyokong Ka Siong, kini dia tampil dengan isu baru. KJ kini berani menghina Perkasa dan rela bangsa melayu dipijak pijak oleh bangsa asing.

Memang patut dia tidak mendapat tempat didalam kabinet DS Najib. Malah sepatutnya dia dihalau keluar dari UMNO. Dialah arkitek perang yang menjadi punca kejatuhan UMNO di era pemerintahan Tun Abdullah dahulu.


Lagi satu..apahal dia yang rasmikan Persidangan Perwakilan Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Kuala Kedah? Dia ini Ketua Pemuda UMNO atau Ketua wanita UMNO?


Konfius aku dengan gender dia ini.....

5 comments:

Anonymous said...

patung aljuburi lah katakan, ....katakan tidak kepada KJ (Kera Jadian)

Anonymous said...

Parpukari zaman fitnah dan maki hamun kamu dah tak relevan

"Orang biadab tidak layak berada dalam Kabinet."Itu kenyataan keras Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali kepada Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong yang dianggapnya tidak memahami perlembagaan negara.

Hebat kenyataan Ibrahim Ali terhadap Ketua Pemuda MCA ini. Ada kawan kata ketika Ibrahim membuat kenyataan ini elok juga diberikan cermin kepada beliau UNTUK BELIAU MELIHAT DAN MENILAI KAN KEMBALI DIRI NYA .Lompat si katak lompat ini lebih biadab dari Wee Ka Siong.


Namun apa yang di perkatakan oleh Wee Ka Siong adalah fakta. Wee tidak pula ada menyarankan agar pinjaman MARA di tarik balik, Wee membandingkan apa yang dikempenkan oleh DS Najib kini , gagasan 1 Malaysia. Itu saja,Sejak bila pula Melayu menjadi sensatif, si Parpukari kata jangan sebut pasal MARA

Bagi KJ , nasihat mudah teruskan saja perjuangan dan apa yang beliau rasakan benar ,terus lakukan . Jika KJ tidak mempertahankan Wee Ka Siong yang diserang oleh sawan babi Ibrahim Ali baru baru ini tentu sekali sudah ada perbalahan di anatara Pemuda UMNO dan juga Pemuda MCA.

Ibrahim Ali peduli apa, dia bukan ahli UMNO dan dia bertanding atas tiket PAS dan kini tidak berparti. PERKASA di tubuhkan untuk kepentingan politiknya kerana dia sudah sampai ke penghujung longkang untuk masuk ke lubang taik dan sudah tidak boleh melompat lagi.


Si parpukari juga dikatakan mendapat imbuhan lumayan dari Mukhriz kerana berjaya melakarkan dirinya sebagai anti KJ, Kini setiap kali selepas bertemu Ibrahim Ali si
parpukari tersenyum lebar, Sendiri mahu ingat lah kenapa. namun ada orang kata , tidak lama lagi sepatah yang Parpukari tampal dalam blog dia pun orang sudah tidak percaya.

Pantang Tun Mahathir marah kepada mana mana individu. dia akan maki hamun dan cerca individu itu dan ada kala dia sendiri yang kurang bijak tidak tahu kenapa dia marah. Begitu lah taksubnya si parpukari ini, kalau Tun Mahathir kata pada dia , parpu poteng Konxxk bagi kat anjing. Dia akan potongg...........

Anonymous said...

Sepatutnya dia dipecat dari Umno.inilah wajah yang menjahanamkan Umno,musang berbulu ayam,budak mentah,biadap dan kurang ajar..dah berapa banyak harta khazanah negara dijualnya itu baru diberi sedikit kuasa oleh pak lelah..kesimpulannya budah mentah dan kurang ajar ni mesti keluar dari umno kerana dia bukan membawa kebaikan tetapi lebih kemudaratan...ini barang tok paka!!

Anonymous said...

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Kami di Unit Media Permatang Pauh selama ini hanya berpeluang membaca dan juga memberi komen ke blog Tuan. Blog Tuan telah banyak memberi info dan juga penerangan berguna buat kami terutamanya tentang putarbelit pembangkang.

Hari ini, Unit Media Permatang Pauh telah menyahut seruan DS Najib untuk memperkuatkan lagi serangan terhadap pembangkang didalam ruang maya. Dan kami dengan rendah dirinya mohon ingin bersama Tuan serta para bloggers pro kerajaan lainnya berrganding bahu didalam usaha ini.

Kami telah linkkan blog Tuan ke list kami dan kami harap Tuan sudi linkkan blog picisan kami ini ke list tuan juga. Diharap, kami yang masih baru ini akan mendapat tunjuk ajar dari pihak Tuan. Semoga perjuangan kita diberkati.

Jutaan terima kasih dari Unit Media Permatang Pauh.

Jeepers Creepers said...

anon: pemuda di bawah kj semakin hari semakin lemah..dan aku percaya isu dia mengata Ibrahim Ali adalah disebabkan mahu menaikkan semula namanya.

UMPP: terima kasih..saya akan link kan blog tuan. selamat berjuang!