Geng Bas Sekolah

June 25, 2010

Masih Bersedih

Aku masih bersedih diatas keputusan "zalim" kerajaan didalam isu Pudu Jail. Bagi aku ianya sesuatu yang tidak patut dilakukan sama sekali. Dan paling aku benci apabila menteri yang sama mensensasikan isu lesen judi iaitu Dato Awang Adek mengatakan Pudu Jail tiada nilai untuk dijadikan bangunan warisan.

Habis kenapa pula bangunan portugis diMelaka dijadikan tapak pelancongan. kalau dikira, ianya juga tidak layak dijadikan tapak warisan kerana ianya dibina oleh penjajah portugis. Ada eloknya menteri ini diletak didalam penjara supaya dia tahu menghargai hidup. Hidup ini bukan semata mata berkaitan dengan duit!

Aku setuju dengan pendapat blogger Aspan (klik sini). Memang orang melayu ini rakus dan tamak bila pegang kuasa. Semua benda nak digadai. Semua benda hendak dijual. Pantang tengok tanah harga mahal, mesti nak jual. Jual pula pada orang cina. Sial sungguh!

Lepas ini apa pula hendak diruntuhkan. Mungkin Istana Negara sebab Istana baru sedang dibina. Yelah tanah tu kan mahal. Mungkin juga bangunan Parlimen akan dirobohkan dan tanah dijual pada orang cina. Mungkin juga tanah perkuburan islam Ampang akan dijadikan pusat membeli belah!

Segelintir pemimpin UMNO masih belum sedar dari kesilapan lepas. Mungkin kali ini mereka mahu dijatuhkan terus dari menjadi kerajaan pusat. Biar mereka rasa. Segelintir pemimpin UMNO ini sama saja dengan Anuar. Sanggup menjual negara kepada bangsa lain semata mata untuk duit.

2 comments:

paktam said...

Pudu Jail

1-Saya heran kenapa orang Melayu sangat nostalgia dengan kezaliman penjajah, sehingga tidak tahan tengok lambang kelaziman penjajah terhadap orang Melayu di runtuhkan.
2-Lambang kerajaan Melaka hingga kini tinggal nama, sehingga satupun tidak dapat dihidang kepada khalayak. Kenapa?

Jeepers Creepers said...

paktam : saya tak peduli tentang lambang penjajah atau tidak. saya seorang pencinta sejarah..seorang pencinta sejarah tidak mempedulikan hal ehwal politik kerana sesuatu yang bersejarah adalah melebihi dari hal politik.