Pengasas rumah tersebut, Sharifah Adlan, 52, berkata, apa yang dibimbangkan ialah nasib penghuni rumah tersebut terutama ke mana mereka akan menetap selepas tarikh itu.
"Sebelum ini, kami telah menerima dua notis pada tahun lalu bagi mengosongkan kediaman ini. Bagaimanapun, notis kali ini benar-benar membimbangkan kerana ia adalah perintah mahkamah," katanya ketika ditemui di sini hari.
Sejak ditubuhkan kira-kira 12 tahun lalu, Rumah Titian Kasih yang mempunyai dua premis, kini dihuni kira-kira 120 penghuni dari bayi berusia dua bulan hingga warga emas berusia 82 tahun.
Sharifah berkata, beliau juga telah membawa perkara itu ke Baitulmal dan turut mengutarakan dua cadangan bagi menyelesaikan masalah tersebut.
Cadangan pertama, katanya, pihak Baitulmal membeli kediaman tersebut sebagai aset dan pihaknya akan menyewa daripada Baitulmal sementara cadangan kedua ialah Baitulmal membeli rumah tersebut dan pihak Rumah Titian Kasih akan membelinya daripada Baitulmal dengan membayarnya secara ansuran.
Namun, tegasnya, kedua-dua cadangan itu tidak diterima.
Namun, keluhan Sharifah itu mendapat perhatian daripada Pergerakan Pemuda UMNO hari ini yang berjanji akan cuba membantu menyelesaikan masalah itu. Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO, Datuk Muhd. Khairun Aseh berkata, pihaknya sangat sedih apabila mendapat aduan yang rumah itu telah mendapat notis untuk dikosongkan.
"Kita hormati keputusan mahkamah tetapi berasa kesal kerana pemilik rumah tersebut telah menggunakan saluran yang terlalu ekstrem terhadap penghuni rumah terbabit," katanya.
Sumber: Utusan Malaysia
Inilah masalah yang sering dihadapi oleh rumah rumah kebajikan yang biasanya dimiliki oleh orang melayu. Selalunya mereka akan menghadapi masalah mendapatkan bantuan kewangan dan tempat tinggal. Aku sendiri tak faham mengapa Baitulmal begitu payah hendak membantu sedangkan duit yang dikumpul oleh Baitulmal itu sendiri datangnya daripada sumbangan masyarakat dan wang zakat. Masalah begini sering terjadi. Seolah olah hak orang susah dinafikan oleh mereka yang berkuasa.
Begitu juga dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Kadang kadang bantuan yang diberi kepada insan malang begitu teruk sekali. Nilai wang ringgit yang disalurkan sememangnya langsung tidak mencukupi buat penerima. Malah syarat yang dikenakan juga tidak masuk akal!
Berbeza dengan pertubuhan agama lain seperti kristian. Mereka tidak teragak agak untuk menyalurkan seberapa banyak bantuan yang diperlukan. Dengan cara ini, secara tak langsung, mereka yang dibantu akan tertarik dengan kemurahan hati para petugas kebajikan agama berkenaan. Dan seterusnya mungkin akan menganuti agama berkenaan. Beginilah cara mereka berdakyah.
Sedangkan bagi pihak Baitulmal, mereka begitu kedekut dan berkira. Seolah olah wang itu adalah milik mereka. Bukan sedikit aduan yang diterima oleh mualaf yang kesempitan hidup yang sering gagal dan kecewa dengan sikap pegawai Baitulmal dan zakat. Kerana itulah ada mualaf yang kembali kepada agama asal kerana berasa tertipu dan kecewa dengan apa yang dilalui.
Cukup malang bagi sebuah negara islam, orang islam dinegara sendiri tidak mendapat bantuan yang sewajarnya. Aku harap kerajaan dapat memantau perkara ini dan menyelesaikannya segera. Pantaulah para pegawai yang bertugas di Baitulmal dan pusat zakat kerana ada diantaranya yang tidak ikhlas dan sombong.
Agihkanlah wang zakat secara adil dan telus. Jangan menganggap wang tersebut milik sendiri kerana ianya adalah harta buat umat islam yang daif. Kelak kamu akan dibakar didalam neraka kerana menyelewengkan harta tersebut!
2 comments:
YB Rza, mana perginya jutawan-jutawan UMNO, Pemuda UMNO dan lain-lain..... tak nampak ke.... kalau sikit sorang bagi, sudah pasti semua ini akan selesai.... jgn asyik nak melabur bila ada pertandingan saja....
biasalah pemimin gampan* macam ni memang banyak tetapi pemimpin yang baik selalunya disingkirkan.
Post a Comment