Geng Bas Sekolah

May 7, 2010

Khalid Gagap Tunjuk Power

SHAH ALAM 5 Mei - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim membantah sekeras-kerasnya rancangan Kerajaan Pusat untuk membina sebuah loji janakuasa nuklear negara yang pertama yang dijangka beroperasi menjelang tahun 2021.

Beliau berkata kerajaan negeri berusaha untuk mempertingkatkan penggunaan tenaga solar serta mengurangkan penggunaan tenaga elektrik yang dijana daripada arang batu dan gas asli yang menyumbang kepada pencemaran.

"Kerajaan Negeri Selangor kita tidak menyokong atau tidak akan membenarkan pembinaan loji janakuasa di negeri Selangor atas dasar yang kita yakin terdapat punca tenaga lain yang boleh kita gunakan untuk Selangor.

"Kita menjangkakan tenaga daripada matahari dapat kita pertingkatkan dan juga usaha mengurangkan penggunaaan elektrik dari segi lampu dan seterusnya penggunaan teknologi baru seperti bentuk lampu yang baru," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco tengahari tadi.

Sumber: Suara Keadilan

Wahh hebat pula Khalid Gagap ni jadi hero tolak loji nuklear. Malah membantah sekeras kerasnya!

Kerajaan negeri berusaha mempertingkat penggunaan tenaga solar? Benar ke ni cik Khalid Gagap. Tak dengar pula pasal projek ni. Pandai sungguh kelentong Khalid Gagap ni.

Tapi kalau bab bina kandang babi, Khalid Gagap pasti sokong 300%. Masa tu tak peduli dah kalau babi tu haram, rampas tanah orang kampung atau taik babi tu cemarkan alam sekitar. Janji duit projek masuk poket betul tak bro...

Negeri Selangor tak benarkan pembinaan loji. Tapi kalau BN dapat balik Selangor time PRU nanti, Khalid Gagap akan dihumban keluar dari Negeri Selangor amacam..Best tak.

2 comments:

YANG GAMBI said...

Salam YB Raz, kalau dah pemikiran tidak pernah ada yang positif, apa-apa saja yang dirancang kerajaan UMNO-BN semuanya dibantah...... kalau DAP buat semua betul, waima Anwar nak sodom belakang dia pun, dia akan kata betul... betul.... betul...

Jeepers Creepers said...

biasalah pembangkang.mana nak mengaku salah sendiri. tengoklah pas sekarang. huru hara apabila taik sendiri bersepah sekarang.