Geng Bas Sekolah

April 14, 2010

Hormat, fahami hak-hak kaum dalam Perlembagaan

PERINGATAN Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah agar semua pihak tidak menuntut hak masing-masing secara berlebihan sewajarnya dihormati bagi mengekalkan keharmonian negara.

Sebagai sultan sebuah negeri yang kini di bawah pemerintahan pakatan pembangkang, baginda mungkin bimbang dengan sikap sesetengah pemimpin politik yang semakin lantang memperjuangkan hak kaum masing-masing.

Mereka mahu sesetengah hak bumiputera yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dimansuhkan dan kerajaan pula didesak melayani semua rakyat atas prinsip sama rata tanpa membezakan kaum.

Dalam menuntut hak-hak tersebut, ahli-ahli politik dan sesetengah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terbabit mendapat 'restu', malah disokong oleh kelompok-kelompok politik orang Melayu sendiri.

Justeru, tidak menghairankan selepas Pilihan Raya Umum dua tahun lalu, satu demi satu tuntutan dibuat oleh ahli politik bukan Melayu termasuk dalam parti yang berada di bawah komponen Barisan Nasional (BN) dan media-media tertentu.

Perkembangan terbaru itu sedikit sebanyak memberi tekanan kepada parti tunjang orang Melayu iaitu UMNO.

Dengan sikap Pas yang mahu menambat hati pengundi bukan Melayu, usaha membantu kaum bumiputera kini dipandang dengan penuh prasangka.

Tidak ramai lagi pemimpin Melayu yang mahu tampil sebagai pembela kaum sendiri dan lantang bersuara mengenai usaha membela orang Melayu dan bumiputera.

Malah, pemimpin, media atau NGO tertentu seperti Perkasa yang mahu mempertahankan hak-hak Melayu dan bumiputera seperti termaktub dalam Perlembagaan negara, sebaliknya pula dianggap rasis oleh sesetengah ahli politik Melayu sendiri.

Perlu diingatkan, Perlembagaan Persekutuan Malaysia termaktub atas kesepakatan para pemimpin kaum-kaum utama bagi memastikan negara tercinta ini tetap harmoni tanpa rakyatnya hidup dengan penuh prasangka.

Jika rakyat boleh hidup aman damai termasuk hak untuk mencari rezeki di bawah Perlembagaan sedia ada, kenapa perlu ia dipinda hanya untuk memenuhi tuntutan berlebihan puak-puak terbabit.

Mereka sepatutnya berterima kasih kepada orang Melayu yang terlalu banyak bertolak ansur. Janganlah kerana sikap mengalah Melayu itu, ada pihak yang cuba mengambil kesempatan.

Sultan Selangor telah memberi peringatan dan sewajarnya mesej berkenaan dijadikan iktibar bagi semua kaum di negara ini agar Malaysia kekal makmur dan harmoni untuk selama-lamanya.

Selama 52 tahun negara kita merdeka, walaupun isu tuntutan konsep semua sama rata pernah dibangkitkan tetapi tidaklah 'selantang' seperti sekarang.

Dahulu semua parti politik boleh bekerjasama dan saling menghormati hak-hak kaum dalam Perlembagaan, kenapa selepas berjaya menafikan mojariti dua pertiga di Parlimen, semua mahu diubah.

Mana-mana negara yang berdaulat, perkara-perkara sensitif dalam Perlembagaan negara mereka, itulah yang akan dipertahankan.

Sumber : Utusan Malaysia

3 comments:

TokJanggut said...

Selama 52 tahun negara kita merdeka, walaupun isu tuntutan ketuanan Melayu di kawsan Melayu pernah dibangkitkan tetapi tidak diperdulikan.

Dahulu semua parti politik boleh bekerjasama dan saling menghormati hak-hak kaum dalam Perlembagaan, kenapa Hulu Selangor tidak diberi kepada yang lebih berhak..kenapa digadai?

Mana-mana Melayu yang bermaruah, perkara-perkara sensitif dalam Perlembagaan negara mereka, itulah yang akan dipertahankan...bukan digadaikan.....Selamat mengundi...Tolak MIC.

YANG GAMBI said...

YB Raz, sebenarnya apa yg berlaku hasil dari PRU12 yg lalu sebagai satu tanda pertunjuk dari Allah kepada orang-orang Melayu Islam di Malaysia...... inilah yang tersirat, inilah yg tersurat di dalam hati-hati mereka apabila melihat kekuatan kuasa Melayu yg mula goyah....

Jeepers Creepers said...

mana mana kaum didunia ni adalah serupa. jika mereka tidak bersatu, nescaya akan mudah dikalahkan musuh.

sejarah telah menunjukkan setiap tamadun, setiap bangsa dan negara akan musnah apabila rakyatnya tidak lagi bersatu.

contoh paling jelas adalah bangsa Arab. Mereka tidak mampu mengalahkan yahudi walaupun mereka lebih ramai. Ini kerana mereka tidak lagi bersatu.

Selama mana kita tidak bersatu, Allah tidak akan membantu kita membebaskan Palestin.

Usaha pertama Salahuddin sebelum menawan kembali Baitulmuqdis adalah menyatukan dahulu umat islam. Apabila umat islam sudah bersatu barulah beliau menjalankan kempen memerangi tentera salib.

Begitu juga dengan orang melayu. kalau orang melayu tidak bersatu, tak kira demi agama atau negara, sudah pasti kita akan ditindas dan dijajah semula.