Geng Bas Sekolah

April 13, 2010

Kerajaan Setuju Penubuhan IFC ?

Apa hendak jadi dengan pendirian kerajaan sekarang. Tetap tunduk kepada kehendak agama lain sehingga membiarkan islam dipijak dan dihina. Kerajaan telah bersetuju JawatanKuasa Antara Agama.

Malah PERKASA juga tidak bersetuju serta akan menghantar memorandom kepada Yang Dipetuan Agong bagi membantah penubuhan JawatanKuasa Antara Agama ini.


Selain itu, Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak membantah keputusan kerajaan menubuhkan jawatankuasa antara agama dan melahirkan dukacita terhadap keputusan itu. Pengerusinya yang juga Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, berkata pendirian itu diputuskan mesyuarat jawatankuasa berkenaan yang bersidang tiga hari berakhir Khamis lalu. Katanya, perbincangan mengenai agama Islam tidak memerlukan campur tangan bukan Islam kerana boleh mengundang implikasi negatif.

“Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak mengambil keputusan sebulat suara membantah kelulusan Kabinet terhadap penubuhan jawatan-kuasa antara agama dan merakamkan rasa kesal serta dukacita terhadap kelulusan itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Inilah nasib islam diMalaysia. Takkala umat islam membantah IFC, kerajaan pula boleh menyokong dengan menubuhkan suatu jawatankuasa seumpamanya.



Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi jaminan bahawa agama islam tidak akan disentuh didalam majlis JawatanKuasa Antara Agama tetapi adakah ianya cukup untuk melindungi agama islam dari dipersoal oleh penganut lain?

Aku yakin lama kelamaan penganut lain akan mula mempersoalkan kedudukan dan hak umat islam didalam majlis demikian. Malah sekarangpun pihak kristian sudah mula mahukan hak nama Allah s.w.t digunakan oleh mereka.

Adalah lebih baik JawatanKuasa Antara Agama ini tidak ditubuhkan. Walaupun ianya nampak baik diawal permulaan namun ianya tetap mendatangkan mudarat dikemudian hari.

No comments: