Geng Bas Sekolah

April 15, 2010

Kerajaan Negeri Terengganu Lemah

Terengganu adalah antara negeri dibawah BN yang begitu lemah pentadbirannya. Insiden bumbung stadium runtuh dan kebocoran kolam renang di komplex sukan ternyata memalukan kerajaan negeri.

Disamping itu, pergolakkan dalaman menyebabkan wujudnya perpecahan didalam kerajaan negeri Terengganu. Sehingga kini, masih ada pihak yang mempertikaikan Dato Ahmad Said sebagai MB yang baru.

Terbaru cadangan Dato Ahmad Said yang mahukan hanya hotel hotel mewah sahaja dibenarkan dibina di Pulau Redang turut mendapat reaksi negatif bukan sahaja dari rakyat Terengganu malah seluruh rakyat Malaysia. Cadangan ini bukan sahaja menyebabkan golongan berpendapatan rendah dan sederhana tidak mampu lagi bercuti ke Pulau redang sebaliknya ia juga membawa impak negatif terhadap kerajaan BN keseluruhan.



laporan Berita Harian yang mengatakan Padang bola sepak Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) yang terbiar ternyata menunjukkan prestasi kerajaan negeri begitu buruk sekali. Bagaimana padang bola yang terletak ditengah bandaraya Terengganu boleh menjadi begitu teruk sehingga bertukar kepada padang ragut!

Pelik lagi menghairankan.

Bagaimana PBT boleh terlepas pandang didalam isu sebegini. Cukup memalukan apabila infrastruktur ditengah bandaraya tidak mampu dijaga apatahlagi yang diluar bandar. Sepatutnya Terengganu boleh menjadi negeri yang maju setelah rakyatnya menolak pemerintahan PAS.

Tetapi malangnya kerajaan Bn sekarang tidak mampu menjaga dan mentadbir negeri dengan baik. Jika sikap begini berterusan, tidak mustahil rakyat Terengganu akan menolak semula BN di PRU 13 nanti.

No comments: