Geng Bas Sekolah

April 15, 2010

Hospital Bentong Perlukan Pembaharuan

Sejak pagi tadi, aku menghantar mak aku ke hospital. Menjadi rutin biasa untuk setiap bulan pergi ke hospital. Cuma yang membuatkan aku kurang senang untuk ke hospital adalah ianya tidak mempunyai kawasan parking kereta yang luas.

Hospital Bentong merupakan hospital lama. Ia dikatakan telah dibina oleh British pada tahun 1920 an lagi. Sebarang penambahan bangunan baru membuatkan ianya semakin sesak. Untuk makluman, Bentong merupakan antara daerah yang besar di Pahang. Dan PBT Bentong juga telah mencapai status Pembandaran.


Untuk pengunjung dan pesakit, mereka mengalami kesukaran meletakkan kenderaan berikutan kawasan Hospital Bentong sudah tidak lagi mempunyai ruang. Kenderaan terpaksa diletak berlapis lapis dan ini hanya menambahkan lagi kesesakkan yang ada.


Kekurangan doktor juga menyebabkan pesakit luar terpaksa menunggu giliran agak lama. Dan biasanya untuk mengelakkan lama menunggu, pesakt luar terpaksa datang seawal 6.30 pagi tetapi itu juga tidak mengurangkan masalah sebegini.



Hospital Bentong juga kekurangan doktor pakar menyebabkan sebarang kes berat, pesakit terpaksa dihantar ke Hospital Temerloh atau HKL. Aku difahamkan sebuah rancangan pembinaan Hospital baru sedang dijalankan.

Kawasan yang dicadangkan adalah berhampiran Maktab Rendah Sains Mara, Bentong. Tanah yang digunakan adalah seluas 52 ekar. Aku harap kerajaan dapat mempercepatkan pembinaan Hospital baru berikutan penambahan pesakit luar yang semakin meningkat setiap tahun.

Selain itu, sebenarnya pembangunan di Bandar Bentong tidak dirancang dengan baik. Bagi orang luar, mereka akan mengalami kesukaran mencari Balai Polis Bentong kerana ianya terletak dijalan belakang deretan kedai. Aku sendiri sering ditanya oleh orang luar untuk mencari Balai Polis Bentong.

Kebanyakkan bangunan kerajaan di Bentong memerlukan perpindahan lokasi. Kedudukan sekarang sudah tidak lagi strategik kerana perkembangan bandar Bentong semakin pesat. Misalnya pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Ianya terletak dikawasan deretan rumah kedai.

Kedudukannya yang tersorok serta ruangan dalaman yang kecil menyukarkan pengguna untuk berurusan. Kerajaan negeri sepatutnya membina satu komplex kerajaan yang lengkap seperti di daerah Raub. Di Raub, satu bangunan dipanggil komplex kerajaan dibina untuk menyatukan jabatan kerajaan seperti JPN, imigresen dan lain lain didalam satu kawasan.

Dengan cara ini, pengguna mudah mencari dan berurusan tanpa perlu pergi ke tempat tempat lain. Di Bentong, pejabat kerajaannya bersepah sepah. Jabatan Bekalan Air, RISDA dan Jabatan Kastam ada didalam kampung aku.

Bayangkan pejabat kerajaan didalam kampung? Macam mana orang luar nak berurusan?

Pejabat Pendaftaran Negara terletak dikawasan rumah kedai dan dikelilingi oleh bengkel kereta. Lawak kan?

Inilah realiti Bandar Bentong. Tempatkelahiran MB Pahang. Aku harap Dato Adnan atau mesra dipanggil Long Nan supaya membuat sesuatu untuk kemajuan Bandar Bentong. Cuba rancangkan sebuah kawasan baru untuk bandar Bentong. Kumpulkan setempat bangunan kerajaan untuk memudahkan pengguna berurusan.

Dan kembangkan ekonomi Bentong supaya masyarakat dapat peluang meraih sama keuntungan. Daerah Bentong banyak keistimewaannya. Ada kolam air panas, ada hutan lipur, ada air terjun untuk dipopularkan. Dan kawasan industri untuk dimajukan.

3 comments:

Unknown said...

Minta maaf bang...mata dah kabur...aku baca condom of heaven.

Apahal cite Hulu Bentong sekarang hot Hulu Selangor....lepas all settle kite cite Bentong pulak....timing kena cun...macam katak lompat...nak lompat kena tengok timing...sial punya katak.

Unknown said...

Minta maaf bang...mata dah kabur...aku baca condom of heaven.

Apahal cite Hulu Bentong sekarang hot Hulu Selangor....lepas all settle kite cite Bentong pulak....timing kena cun...macam katak lompat...nak lompat kena tengok timing...sial punya katak.

Jeepers Creepers said...

halo bang..ini blog aku..suka hati akulah nak citer pasal apa..apa kaitan hulu selangor dengan aku..aku bukan duduk hulu selangor..

banyak lagi orang lain boleh cerita pasal hulu selangor kat kau..kau pergilah baca blog diorang..

ko mabuk apa masuk blog orang lain pastu sibuk sibuk nak complain..