JAKARTA: Rakyat asing yang ingin berkahwin dengan wanita Indonesia dikehendaki membayar wang pendahuluan sebanyak 500 juta rupiah (RM170,000), syarat baru diperkenalkan kerajaan republik itu untuk menjaga kebajikan wanitanya.
Wang itu yang perlu dibayar kepada sebuah bank Islam tempatan adalah sebagai jaminan nafkah kepada wanita terbabit sekiranya perkahwinan berkenaan berakhir dengan perceraian.
Bagaimanapun, syarat itu hanya membabitkan lelaki asing yang mahu mengahwini wanita Indonesia dan tidak kepada lelaki tempatan yang mengahwini wanita asing. ‘Syarat baru’ perkahwinan itu menyusuli kontroversi beberapa hari lalu mengenai cadangan mengenakan denda atau penjara kepada pasangan tidak mendaftarkan diri selepas berkahwin atau lelaki berpoligami walaupun tiada larangan dalam Islam.
Itu hanya diguna pakai di Indonesia sahaja tetapi tidak melibatkan warganya yang berkahwin dinegara asing. Nasib baik hanya di sana. Kalau tak, susahlah aku nak kawin.
Kalau ianya turut dikuatkuasakan sehingga pekerja asing, mampus aku taknak bayar. Awek akupun cakap tak payah bayar kalau ianya wajib untuk pekerja asing.
Aku pilih awek indon sebab taknak bayar hantaran kahwin. Hantaran kawin bagi aku sungguh mengarut. Hendak pula hingga mencecah 10 ribu ringgit. Kena pula buat kenduri. Semuanya nak memperabihkan duit aku saja. Kena pula balik rumah mak bapak dia. Kalau duduk jauh jauh macam Perak, Kedah sakitlah nak bayar duit minyak, tol.
Lebih baik aku kawin dengan awek Indon. Jimat duit belanja. Buat majlis simple simple je. Tak payah ajak tetamui ramai ramai. Hanya jiran terdekat, sanak saudara sudah. Tak payah sanding sanding, tak payah hantaran mahal mahal. Diapun tak balik Indon dah. Tak ada masalah nak balik kampung mana bila time raya nanti.
No comments:
Post a Comment