Geng Bas Sekolah

February 21, 2010

Jangan bandingkan Putrajaya dengan Kuala Lumpur


Putrajaya bukan sebuah bandar yang lesu, sebaliknya merupakan destinasi untuk pelbagai aktiviti bertaraf kebangsaan dan antarabangsa.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, pembukaan lebih banyak pusat komersial juga menjadikan Putrajaya lebih ceria pada hujung minggu dan waktu malam.

Katanya, Putrajaya tidak boleh dibandingkan dengan Kuala Lumpur yang merupakan pusat perdagangan dan ekonomi yang telah wujud sejak kurun ke-19.

"Tidak adil jika Putrajaya dibandingkan dengan Kuala Lumpur kerana Putrajaya merupakan pusat pentadbiran negara dan aktiviti di sini lebih menumpu kepada aktiviti kekeluargaan.

"Kami bagaimanapun turut menyediakan kemudahan komersial di Putrajaya dan ciri-ciri keceriaan waktu malam sudah mula wujud di Presint Diplomatik di Presint 15," katanya.

Beliau berucap dalam majlis pelancaran Wow! Putrajaya di tapak pasar tani Presint 2 di sini hari ini.

Wow! Putrajaya diadakan selari dengan keputusan mesyuarat Jemaah Menteri yang mahu menjadikan Putrajaya sebagai bandar ceria dan bertenaga walaupun selepas waktu pejabat.

Dalam pada itu, Nong Chik berkata, Perbadanan Putrajaya telah meluluskan permohonan untuk membangunkan beberapa plot komersial dan kompleks pejabat swasta di Presint 2, 3 dan 4.

"Beberapa bangunan komersial telah siap dibina dan sedang menunggu pengisian, ia diharap akan menggalakkan aktiviti ekonomi yang lebih aktif di Putrajaya," katanya.

Beliau berkata, Perbadanan Putrajaya juga merancang untuk menambah dan mempelbagaikan acara di Putrajaya pada tahun ini.

"Tumpuan akan diberi kepada aktiviti kesenian, kebudayaan, sukan dan rekreasi yang berupaya menarik lebih ramai pengunjung dan pelancong," katanya.

1 comment:

Tok Pambu said...

Kini BN/UMNO sedang berada dalam ICU.

UMNO sendiri masih belum stabil, pergolakan disayap pemuda UMNO sedang hangat diperbincangankan oleh pencacai2 UMNO.

MCA, MIC, Gerakan tak perlu ditanya lagi - memang dah padam.

Kami kaum india dan cina sudah bersatu menyokong DAP. Malang bagi melayu yang masih berpecah-belah -ada sokong PAS, PKR dan tidak kurang pula yang sokong DAP.

UMNO masih belum sedar tentang apa yang telah berlaku pada PRU12 yang lepas. Yang pasti Kelantan, Kedah, P Pinang, Perak dan Selangor termasuk Wilayah Persekutuan sudah dapat kami tawan.

Kaum bukan melayu sudah semuanya sedar akan hak2 mereka sebagai warganegara Malaysia. Kami tidak lagi boleh dikongkong dan di perbodohkan oleh UMNO lagi.

Anda akan saksikan kebangkitan suara kami, setiap kawasan majoriti kaum bukan melayu 100% akan jatuh ketangan kami.

Kami juga sudah mendapat sokongan kuat dari kaum melayu melalui PAS dan PKR. Sekarang kami juga tiada masalah untuk tawan kawasan yang tidak majoriti bukan melayu.

API KESEDARAN DARI KAUM BUKAN MELAYU INI TIDAK MUDAH DAPAT DI PADAMKAN OLEH UMNO.
BEGITU JUGA DENGAN SOKONGAN MELAYU DARI PAS DAN PKR TERHADAP KAMI TIDAK MUDAH DAPAT DITAHAN OLEH UMNO.

Kami akan terus maju kehadapan untuk menghancurkan UMNO. Kekuatan kami tidak mudah di patahkan oleh UMNO kerana kekuatan ekonomi dan sosial kami.

Ekonomi melayu adalah ditahap yang terendah, begitu juga taraf sosial nya, hampir 90% muda-mudi melayu sudah terjebak dengan DADAH dan semua gejala buruk seperti mat rempit, meragut, minum arak dan judi.

Tanpa melayu UMNO pasti akan runtuh.