Geng Bas Sekolah

February 20, 2010

"Datuk Nan" Jangan Over Confident !

Meskipun mencapai kemenangan selesa pada PRU Ke-12 apabila hanya lima daripada lebih 50 kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) jatuh ke tangan pembangkang, pemimpin dan ahli UMNO Pahang perlu bermuhasabah terhadap kekuatan yang dimiliki jika masih ada 36,000 ahlinya belum berdaftar sebagai pemilih.

Menurut Pengerusi Biro Daftar Pemilih UMNO Negeri Pahang, Datuk Wan Rosdy Wan Ismail, dalam Parlimen Kuala Krau sahaja, seramai 2,637 ahli UMNO dikesan masih tidak berdaftar sebagai pemilih manakala lebih 1,000 ahli parti itu tidak berbuat demikian di Parlimen Rompin.

Menurutnya, antara faktor ahli UMNO tidak mendaftar adalah kerana berasa selesa dan yakin BN Pahang mampu mengulangi kemenangan besar dalam pilihan raya umum akan datang.

Pengarah SPR negeri, Ismail Mohd. Yusof pula mengklasifikasikan bahawa Pas merupakan parti paling aktif mendaftar ahlinya sebagai pemilih berdaftar apabila seramai 1,437 orang didaftarkan berbanding komponen BN iaitu MCA, Gerakan dan MIC yang tidak serius menjalankan gerak kerja itu.

PKR berhajat untuk menawan sebuah lagi negeri kelahiran Perdana Menteri selepas Kedah dan Pulau Pinang. PKR akan menggerakkan segala kekuatannya untuk menyelinap masuk ke tanah-tanah rancangan bagi mempengaruhi pemikiran golongan peneroka terutama yang tidak berpuas hati dengan pengurusan Felda.

Pastinya, Felda Wilayah Jengka menjadi sasaran pembangkang berikutan ia merupakan tanah rancangan terbesar di Pahang, hatta di negara ini. Pakatan pembangkang melihat laluan untuk menawan peneroka di Jengka semakin mudah selepas dua pemimpin Pas di kawasan itu, Tuan Ibrahim dan Nasruddin Hassan masing-masing dipilih sebagai Naib Presiden dan Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat pada pemilihan parti itu tahun lalu.

Sehubungan itu, UMNO Pahang yang diterajui Pengerusi Perhubungannya, Datuk Seri Adnan Yaakob perlu lebih mempersiapkan diri dengan mengikis sikap terlebih yakin (over confident) menjelang PRU Ke-13 nanti.

Sumber : Utusan Malaysia

Akhirnya UMNO Pahang dah kena tegur. Kali ni ambik kau direct dalam Akhbar Utusan. Masalah ribuan ahli UMNO Pahang yang belum mendaftarkan diri sebagai pengundi disebut sebut. Sikap pemimpin dan ahli UMNO yang terlalu selesa dengan kedudukan sekarang juga dah dibangkitkan.

Lepas ni kalau masih tak sedar, akupun tak tahu nak cakap apa dah.

No comments: