Geng Bas Sekolah

February 18, 2010

BPN Kecewa? Dan Kisah Anwar Bersama CSI Australia

Masa jenguk blog kawan kawan, aku tengok blogger YangGambi ada cakap PahangDaily siarkan kenyataan blogger BPN dipelawa masuk team Blogger Rakyat.(klik sini)

Ada cerita yang blogger BPN ni kecewa sebab tak dapat apa apa "imbuhan" dari UMNO walaupun siang malam mempertahankan UMNO. Pada aku, aku memang tak kisah langsung pasal "imbuhan" ni. Sebab blogging bukanlah kerja utama aku.

Malah aku sendiri tak pernah bersemuka dengan mana mana pemimpin UMNO. Apa yang aku buat, adalah kerana ikhlas sayangkan parti, agama, bangsa dan negara ini saja. Iya mungkin ada blogger BPN yang terasa dengan sikap pemimpin UMNO. Mungkin mereka pernah dijanjikan dengan pelbagai janji manis.

Dah adat politik. Semuanya banyak berjanji. Kalau kita blogger diumpan pelbagai janji, bagaimana pula dengan penduduk kampung? Mereka yang paling banyak "termakan janji politik". Tak kiralah dari parti manapun, dah namanya politik, memang banyak ler janji manis.

Lagipun dahulu kita masuk BPN dan mempertahankan UMNO adalah ikhlas. Oleh itu tak patutlah kita mengungkit sekarang. Tak baik.

Tentang cerita PDO itu, aku anggap hanya sebagai pelemah semangat dan mahu memecahbelahkan blogger BPN sahaja. Kalau tak ada BPN sekalipun, aku akan terus berblog kerana aku telah membuat blog ini sebelum PRU 12 dahulu.

Buat semua sahabat BPN, kuatkan iman dan semangat kita. Ingatlah semula nawaitu kita dahulu. Ikhlas kerana Allah s.w.t

Anwar Mahu Pakar Luar Negara

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim telah melantik pakar forensik dan DNA luar negara untuk pasukan pembelaan menolak dakwaan pihak pendakwaan mengenai analisis DNA untuk perbicaraan kes liwatnya. Peguambela Anwar, Sankara Nair berkata, mantan Timbalan Perdana Menteri itu telah mendapatkan perkhidmatan pakar DNA Dr. Brian Leslie McDonald dari Sydney, Australia; dan dua pakar forensik, Prof. Dr. C. Damodaran dari Chennai, India dan Prof. Madya David Lawrence Noel Wells dari Melbourne, Australia.

Hum macam macam tindakan Anwar ni. Biasalah orang banyak duit dan berpengaruh. Kalau boleh, sami Buddha dari Tibet pun nak dibawanya sekali untuk membuktikan dirinya tak bersalah.

Mantan Timbalan Perdana Menteri disebut sebut. Tetapi kenapa tak nak sebut sekali Mantan Penghuni Penjara Sg Buluh. Kan dia dapat layanan special kat sana.

Aikk kenapa dari Australia? Humm ada apa apa ke ni?

No comments: