Geng Bas Sekolah

February 23, 2010

Banteras Pekerja Asing Berniaga

Polis dan pihak berkuasa tempatan (PBT) diarah membanteras pekerja asing yang berniaga secara tidak sah di pasar-pasar di seluruh negara. Mengumumkan demikian, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan, tindakan turut dikenakan ke atas peniaga tempatan yang bersekongkol dengan menyerahkan lesen mereka kepada warga asing.

Muhyiddin berkata, kemunculan peniaga warga asing di pasar termasuk di pasar malam telah menjejaskan perniagaan penjaja tempatan. ‘‘Mereka (pekerja asing) sepatutnya bekerja di sini dan bukannya menjalankan perniagaan, lebih-lebih lagi jika terdapat PATI yang turut berniaga,” katanya.

sumber: Utusan Malaysia
Memang patutpun kerajaan bertindak. Sudah lama kegiatan ini berleluasa. Sikap segelintir rakyat Malaysia yang memberikan kedai untuk disewa oleh mereka juga patut dikecam. Mereka yang bersekongkol dengan pendatang asing patut dichop sebagai pengkhianat negara.

Lambakan pendatang asing terutama PATI telah memberi peluang kepada mereka untuk membuka perniagaan sendiri. Pergilah ke Chow Kit, Pasar Pudu malah ke Sg Wang di Bukit Bintang.

Lancarkan segera operasi membanteras PATI habis habisan. Jangan biarkan mereka terus menguasai negara ini.

5 comments:

Anonymous said...

Saya mahu tanya Kementerian Dalam Negeri/Kerajaan Negeri/PBT?

Kenapa tak gunakan kuasa RELA/POLIS?IMEGRESEN?...untuk tangani perkara ini,Pasar di Chow KIT siapa yang berkuasa..Pasar Gombak dan lain-lain siapa yang kuasai?mana PBT?POLIS IMEGRESEN?..semua tak ambil tindakan.sebab itulah orang Melayu tak boleh berniaga takut kena tikam dengan orang asing.Cuba orang Melayu pergi berniaga di Manila/Jakarta atau India .silap - silap sehari sahaja berniaga dan esok kepala kena kirim berasingan dari badan keMalaysia.Kerajaan kita terlalu berlembut dengan orang asing.Gerai orang Melayu yang maju seperti Gerai Buah dan Gerai Do Re Mi kena roboh/

YANG GAMBI said...

Salam Yb Raz, sudah sampai masanya pihak-pihak yang diberi amanah menjalankan penguatkuasaan demi kepentingan rakyat Malaysia..... kenapa mesti berlambakkan sebegini kalau tidak ada sesuatu yang tidak kena kepada agensi-agensi ini....

Anonymous said...

cepat tendang mereka keluar, nanti habis anak dara,janda,bini orang diangkut oleh sialan ni

Unknown said...

Rahsia kenapa Kelantan dan Terengganu tidak diberi royalti minyak akhirnya dibongkar.....ingin tahu sila klik disini

Jeepers Creepers said...

Terima kasih diatas komen anda semua.

Inilah masalah yang kita semua hadapi. Kadang kadang memang kita rasa yang PBT ini tidak adil kepada kita. Bukan mereka tak tahu yang gerai itu dikuasai oleh pendatang asing. tapi itulah..Mereka hanya memejamkan mata sahaja.

Imegresen pula lambat bertindak. Sepatutnya mana mana kawasan yang menjadi tumpuan warga asing perlu digempur selalu. Kalau boleh mereka digempur setiap minggu. Tetapi kekangan kekurangan anggota pula yang menjadi masalah kepada mereka.

Pihak swasta juga patut dipertanggungjawapkan kerana mereka yang menggajikan pendatang asing. Antara alasan yang digunakan adalah gaji yang murah.

Bukan warga tempatan tak minat bekerja tetapi ini adalah negara sendiri. sudah tentu memerlukan gaji yang berpatutan berbanding warga asing yang hanya sementara disini.

takkan warga asing dan warga tempatan mempunyai gaji yang sama rendah? Lagipun sudah banyak warga tempatan yang berpendidikan, sudah tentu memerlukan gaji yang mengikut kelulusan.