Geng Bas Sekolah

February 11, 2010

Apa dosa bayi perempuan ini?

Mungkin kehadirannya ke dunia ini tidak diingini. Namun perlukah bayi yang tidak berdosa ini diperlakukan sedemikian rupa? Tidak dapat dibayangkan ada orang yang tergamak meninggalkan bayi yang masih bertali pusat di atas lantai di tepi pintu pagar sebuah masjid di sini.

Tidak diketahui sama ada ada bayi itu masih bernyawa ketika ditinggalkan di situ. Apa yang pasti, badannya dihurungi semut sewaktu ditemui. Dan bayi itu tidak lagi bernyawa. Tidak ada manusia waras tergamak memperlakukan sedemikian. Namun itulah yang berlaku terhadap bayi perempuan ini.



Bilal masjid yang datang menunaikan solat Subuh merupakan orang pertama menjumpai mayat bayi itu yang pada mulanya disangka gumpalan baju. Mohamad Abu, 60, berkata, dia ternampak gumpalan kain putih di atas lantai berhampiran pintu pagar kira-kira pukul 5.30 pagi.

“Saya tidak berapa perasan kerana keadaan ketika itu gelap. Saya ingat ia hanya baju putih yang mungkin dibawa angin dan terjatuh di situ. “Ketika itu, saya tidak mempedulikan kain putih tersebut kerana hendak menunaikan solat Subuh,” katanya ketika ditemui pemberita di Masjid Jamek Permatang Duyong, hari ini.

Sebaik sahaja selesai solat, dia dikejutkan oleh jeritan seorang rakannya yang memberitahu ada mayat bayi perempuan di atas lantai berhampiran pagar masjid. Mohamad yang bergegas keluar, terkejut apabila melihat mayat bayi yang dibaluti kain putih itu dihurungi semut.

Dia kemudiannya segera menghubungi polis dan memaklumkan mengenai penemuan mayat bayi perempuan di masjid berkenaan.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehhudin Abd. Rahman ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut sambil memberitahu, polis sedang berusaha mengesan ibu bapa bayi berkenaan. Tambahnya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan menyebabkan kematian.

Celako Siapa Buang Bayi Ni ! Celako! Celako!

4 comments:

Anonymous said...

apa nak celako nyer .. dah .. ini lah hasilnya dari .. junjung perlembagaan kafir .. konsert , sana sini, jom heboh .. . kata melayu , islam tapi pijak al-quran .. !!

Jeepers Creepers said...

itulah pasal..tapi kalau pakatan memerintah lagi dahsyat,huru hara terus negara..homeseksual berleluasa..golongan gay mula menjawat jawatan kerajaan..ulama pas pulak terus menyesatkan umat islam..pelbagai fatwa mengelirukan dikeluarkan sesuka hati..semua orang bantah cakap akan dicap kafir, ejen umno.

polis dan keselamatan negara tak ada. rakyat jadi hakim.hukuman dijalankan tanpa usul periksa..orang bersalah terus dibelasah tanpa perlu soal siasat. kalau kena kat mak bapak sendiripun tak apa. inikan hukum rakyat.

peruntukan untuk agama islam tak ada tak mengapa..masjid tak payah bina..bina tokong banyak banyak..kalau boleh bina patung buddha melintang sampai tengah jalanpun tak apa. masjid dan surau dibiar mereput..

inilah negara islam berkebajikan pakatan..kata islam tapi memutarbelit ayat alquran !

Anonymous said...

kedua ibu bapa bayi ini harus bertanggungjawab menlakukan jenayah ini. Kita tidak boleh mempersalahkan kaum wanita sahaja yang membuang bayi yang tidak berdosa ini. Sebab itu kes ini tiada penghujungnya dan menjadi satu kebiasaan mereka yang terdesak.Yang membuang bayi itu adalah ibu yang melahirkannya. Sudah tentu anak ini tidak mempunyai bapa yang bertanggungjawab, sedangkan ia lupa bayi itu adalah darah dagingnya walaupun anak luar nikah. Adalah tidak adil kes ini disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana memyembunyikan kelahiran dan menyebabkan kematian. Sudah tentu yang akan dihukum adalah ibunya sedangkan kalau tiada bapanya takkan siibunya mengandung. Yang dapat sedap bersama yang tanggung beban siibunya. Sampai bila pun pembuangan bayi ini tidak akan berakhir. Kita sebagai umat Islam akan menanggung dosa kerana tidak mengambil tindakan untuk membetaras gejala terkutuk ini. Oleh itu, saya cadangkan bukan si ibu saja dihukum tetapi juga si bapa juga perlu dihukum sama kerana tidak bertanggungjawab terhadap benih anaknya walaupun anak luar nikah. Polis boleh mendapatkan keterangan dari si ibu siapa bapanya dan disahkan dengan ujian DNA siapa bapanya.Terserahlah siapa bapa yang terkena walaupun si ibu main dengan beberapa orang sekali pun. Ia bagi mengelak pembuatan zina dibuat tanpa berasa takut akan melahirkan anak luar nikah. Menteri berkenaan diminta buat sesuatu untuk membantu kaum wanita dari teraniaya dengan pujuk rayu kaum lelaki yang mencairkan gadis-gadis akhirnya terjebak dengan sex hingga jadi kes dengan pembuangan anak. Kalau masih juga berlaku mungkin dunia dah nak kiamat dah.

Jeepers Creepers said...

sebenarnya dunia memang dah nak kiamat..

memang benar cadangan saudara..hukum ibu bapa bayi berkenaan.tetapi rasanya akta itu dah ada..cuma belum ada sebarang tangkapan saja dibuat..

dulu ada kes orang buang bayi dalam tong sampah di ibu kota..beriya benar pihak polis cuba kesan..nak guna camera DBKL, camera tu langsung tak berguna..hanya hiasan semata mata..

akhirnya kes itu senyap aja..Susah nak buat kalau tak ada pemantauan..